Quantcast
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Doodle Meet Up

Doodle meet up!!
Guess who?! Alex and sis Allie Hill!!^^ Alhamdulillah rezeki deno kali ini.. Sebenarnya dah lama deno ingin bertemu dengan sis Allie, tetapi masa sahaja yang tak mengizinkan.. Pada tahun lepas deno pernah bertemu Alex @ The Curve, dan pada tahun ini rezeki deno bertemu kedua-duanya sekali  Alex dan sis Allie :)

Tak sangka dapat bertemu dalam masa terdekat ni.. coz plan pun sekejap sahaja. Banyak juga kami bualkan, seronok! Deno dapat lihat sis Allie doodle secara live! Bukan senang dapat peluang macam ni tau.. Tapi tak aci tak dapat lihat Alex doodle! Next time nak lihat Alex doodle live depan mata juga ehehe^^ Deno pun dapat lihat artwork sis Allie dan Alex! Eeee comel!


Tak puas rasanya coz happy sangat2.. So sorry sis Allie, doodle untuk sis tak sempat siap... Biasalah Dayang Deno bila doodle di depan otai2 doodle, mula la tangan ni tiba-tiba jadi seram sejuk, plus nervous, terus tak jadi.. Tulah problem deno adoii.. Next time deno bawa drawing yang dah siap ehehe..

Thank you so much Alex and sis Allie^^ Thank you for spending time with me.. Hopefully kita akan dapat bertemu lagi dan doodle sama-sama lagi.. Inshaa Allah :)




Kenapa


Emm....

Saya perhatikan sahaja kawan-kawan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Sekarang "orang kita" seperti dah tak ada adab langsung dalam berbahasa.Kadang-kadang mengucap panjang bila terbaca.. Bukankah bahasa melambangkan siapa kita, hati kita.. Saya faham, semua acc laman sosial adalah milik peribadi. Tetapi kenapa perlu mencarut, memaki hamun.. Kadang-kadang bila terbaca tu, cepat2 saya hide.

Apa yang biasa saya nampak "orang kita" ni, update dan status pasal agama mengalahkan ustaz ustazah.. Menegur orang dah macam orang alim agama lagaknya. Tapi bila dia marah, dia tak puas hati sesuatu perkara... ya tuhan.. ditulisnya macam2 habis keluar semua bahasa "cantik" tu. Ooo mencarut memaki orang tu, tak apa eh?

Bagi saya, how la orang non-muslim nak respect agama kita jika kita sendiri sebagai orang islam, tak jaga langsung bab ni. Nampak remeh kan, nampak biasa sahaja bab ni.... tapi yang nampak remeh macam ni la yang buat agama kita dipandang buruk. Saya perasan, makin menjadi- jadi pula. Tak salah nak kritik, nak komen, nak beri pandangan, nak menegur.... tapi kan ada cara dia.. Emm itulah, melihatkan cara "orang kita" ni, buat saya speechless. 

**ingatan buat diri sendiri juga



BOTK Awakening



Akhirnya.. Komik ke 4, BOTK AWAKENING dah menjadi milik DD :)

Firstly saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada bos noob atas peluang yang diberikan pada saya. Sejak BOTK 1 lagi, noob sentiasa berikan semangat, kata-kata motivasi pada saya untuk teruskan buat komik walaupun kadang-kadang saya sendiri rasa "down", rasa tak yakin diri sendiri, tak yakin dengan karya sendiri. Pernah juga terlebih deadline tetapi noob masih memberikan peluang dan galakan pada saya.. Sejujurnya tak pernah saya sangka, karya-karya akan diterbitkan di dalam buku.. Tak pernah saya lupa waktu pertama kali noob invite saya untuk BOTK project. Sekarang BOTK team telah menerbitkan BOTK edisi ke 4, dan saya masih di dalam team BOTK. Alhamdulillah.. Tak lupa juga kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan Dayang Deno selama ini. May Allah bless you all.. Thank you so much :')


xxxxxxx


Dapatkan Buasir Otak : The Komik - Awakening sekarang^^

Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.

Antara cerita yang dimuatkan adalah beberapa naskah yang pernah viral dan dikongsikan oleh ramai netizen di FB yang telah diolah semula untuk dibukukan iaitu Kehidupan Suatu Perlumbaan, Ujian Tuhan, Ku Jaga Dia Untukmu, Kasihnya Ibu, Maafkan Saya Abah, Terima Kasih Aku dan lain-lain lagi, ditambah lagi dengan pelbagai naskah lain yang menarik. Turut sama, penampilan istimewa komik spin-off Origami Biru oleh Lanun Ranggi.

Selain daripada pengkarya dari buku Buasir Otak: The Komik yang asal, ia turut membariskan ramai pengkarya yang bukan calang-calang iaitu Al-Hafiz (Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015), pengkarya dari Aretis United Sucomi iaitu Anhaz, Amna Shark, Irfan Hilal, Kein Thunderboyz, N.A.N, Syafy dan Siti Manan, doodler berbakat tanah air Dayang Deno dan Rizal Paperbag Head, serta pengkarya yang tidak asing lagi dalam dunia komik FB iaitu Ben Osman, Sketchbook AmirulFaiz Kott, Tangan Kanan, Imanimex dan ramai lagi.

Cara-cara pembelian :
- PM page kami atau FB admin Putra Nubhan ; atau
- DM terus @buasirotak
- Hantar ke alamat email princeofnoob[at]gmail[dot]com; atau
- Whatsapp/SMS agen kami SangKancil: 013-9313541

Tenanglah Di Sana

To be honest

Saya memang terkejut dengan pemergian seorang rakan seperjuangan Lupus, kak yani.... Baru sahaja saya lihat kak yani sihat2 di facebook, maksud saya kak yani okey sahaja.. Kemudian, dapat berita kak yani masuk hospital dan tiba-tiba di icu.. Dan hari ini, dapat berita kak yani telah tiada.... Sungguh, saya tak sangka.. Namun, Allah lebih sayangkannya..

x x x x x

Buat kak yani.. hilang sudah kesakitanmu kak.. berakhir sudah penderitaanmu.. kekuatan, semangat dan nasihat kakyani takkan dilupakan, kakyani akan terus menjadi inspirasi buat semua pesakit Lupus ... Damailah, tenanglah kakak di sana...

Al-fatihah buat kak Suzalyani binti Zakaria



2016 Best Nine

Top 20


Baru dapat update berita gembira dengan semua:)

Syukurnya Dayang Deno terpilih top 20 di dalam Pertandingan Doodle Bersama Antabax 2016, kategori terbuka :) **Boleh lihat doodle deno di SINI. Keputusan diumumkan pada 9 Disember 2016 baru-baru ini. Beberapa orang rakan doodler deno juga terpilih, alhamdulillah.. Sejujurnya deno sendiri tak sangka akan terpilih sebab ramai doodler hebat yang turut menyertai pertandingan doodle dari Antabax ni. Deno belum tahu berada di kedudukan berapa, cuma dapat tahu terpilih top 20. Inshaa Allah, mungkin deno akan berada di Balai Seni Visual Negara pada 7 Januari 2017 kerana ada pameran doodle Antabax.. Inshaa Allah.

Terima kasih buat keluarga dan kawa-kawan yang sentiasa memberikan sokongan kepada Dayang Deno.. Love and hugs!


2016

Berlalu sudah tahun 2016....

2016. 

Banyak sungguh kenangan, peristiwa-peristiwa yang tak mungkin saya lupakan. Ada yang pahit, ada yang manis, ada juga yang menyedihkan. Itulah kehidupan, kan.

Tahun 2016, bagi saya.. ia tahun yang paling bermakna di dalam kehidupan Dayang Deno, kerana pada tahun 2016 saya mendapat rezeki yang tidak pernah saya terfikir pun, tidak pernah saya sangka saya akan dapat. Alhamdulillah pada Febuari 2016 saya selamat mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bersama keluarga. Memang saya tak sangka dapat jejak kaki di sana, melihat Kaabah depan mata... Dengan keadaan kesihatan saya dan dialisis setiap hari, saya tak terlalu berharap cuma pernah terdetik dalam hati teringin menunaikan umrah.. Rezeki Allah, bila Allah kata jadi maka jadilah.. Sejujurnya, saya pernah rasa sedih melihat kawan-kawan yang travel tanpa ada halangan, tapi saya tak boleh semua tu kerana masalah dan keadaan kesihatan saya. Tetapi Allah Maha Adil, DIA berikan saya dugaan dan ujian, tetapi  DIA berikan hadiah yang paling menggembirakan di dunia untuk saya.... saya dijemput menjadi tetamuNya di tanah suci. Alhamdulillah.. Tak sangka saya boleh buat dialisis di sana, segala urusan di sana juga dipermudahkan. Saya sihat di sana, dapat masuk dua kali ke Raudhah, dapat solat berdekatan makam Rasululullah SAW.. Juga dapat mengerjakan 4 kali umrah.. Saya gembira waktu di sana... Walaupun bila balik Malaysia saya terpaksa dimasukkkan ke hospital sebab sakit, saya syukur.. Alhamdulillah..

x x x x x x

Tahun 2016, juga mengajar saya agar lebih berhati-hati dalam berkawan. Saya sudah penat, bila saya baik dengan kawan.. saya digunakan, saya dikata bukan-bukan oleh kawan, saya disangka buruk oleh kawan yang sudah saya rasa seperti saudara saya. Saya sedih, hati saya terluka kerana perbuatan kawan. Ada beberapa peristiwa yang orang tak tahu, buat saya rasa.. cukuplah. Bukanlah tidak memaafkan.. Saya sudah maafkan. Tapi cukup.. Saya sangat sedih bila dituduh bukan2. Hati kalau dah luka... Luka boleh sembuh akan tetapi parutnya tetap ada.. Saya tahu saya tidak sehebat orang di luar sana, tidak berkerjaya pula, melukis menjadi pendapatan saya tapi saya juga perlu dihormati dan bukan jadi tempat untuk dihina. Saya sedih, tapi pada masa yang sama saya bersyukur kerana bila berlaku peristiwa itu, barulah saya tahu bagaimana sifat sebenar seseorang kawan.. 

x x x x x x

Tahun 2016, bukan semua tahu my lovely abah mengidap cancer. Alhamdulillah sekarang abah stabil, abah sihat. Hasil rawatan pada tahun 2015, abah sekarang okey.. Cuma abah perlu makan ubat macam anak abah ni juga dan abah perlu checkup. Kalau sebelum ni, abah yang selalu teman anak abah ni ke hospital, sekarang anak abah teman abah ke hospital. Sama2 pergi hospital, sama-sam makan ubat. Apa yang saya kagum dengan abah, abah positif orangnya. Alhamdulillah... sayanggg abah! 

x x x x x x

Tahun 2016 juga, saya menyertai blogger event buat kali ke dua di Hotel Grand Campbell. Kalau diikutkan agak seganlah untuk majlis blogger, tapi mcam biasalah.. saya "belasah" sahaja. Saya dapat bertemu ramai blogger Malaysia, dan paling seronok saya dapat pengalaman, juga dapat ilmu baru di dalam majlis tersebut. Alhamdulillah.. 

x x x x x x

Tahun 2016, tak pernah saya sangka apabila saya dapat bertemu tuan kepada blog buasirotak, juga founder of Buasir Otak The komik!! Beliau ialah Putra Nubhan, lama sudah saya memasang impian untuk bertemu beliau dan akhirnya pada November 2016, rezeki saya... Sungguh bertuah rasanya dapat bertemu beliau dan sangat rare dapat bertemu blogger Nub! Saya juga dapat bertemu dengan rakan pelukis komik, Lee yang telah saya kenal di dalam dunia blog sejak 4 tahun yang lalu :) Selain daripada itu, saya juga dapat bertemu dengan beberapa orang doodler dari Doodle Malaysia, doodler yang sangat osem! Bila diingat kembali kenangan bertemu kawan-kawan pada tahun 2016, kawan-kawan blogger, kawan-kawan dari art team, doodlers... saya rasa syukur, gembira.. Allah pertemukan saya dengan kawan-kawan sebaik mereka.. 
.
.
.
.
.

2016.. terlalu banyak suka dan duka. Setiap perkara berlaku ada hikmahNya... Sy berdoa agar tahun 2017 akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.... Inshaa Allah....





2017


Luas

Rasanya sudah hampir dua tahun saya tak conteng dinding atau lebih tepat melukis pada dinding. Kali terakhir pada tahun 2015.


Bila saya dapat job untuk mural, jarang saya terima. Saya terpaksa let go.. Ikutkan hati mahu, tapi sedar dengan keadaan kesihatan, dialisis pula setiap hari..

Saya perlu teman, abah takkan biarkan saya dengan keadaan diri ini.. 

Kadang-kadang, terasa juga bila dapat peluang... Tapi tak mengapalah, rezeki Allah kan luas.

Kan :)

18 Tahun


18 tahun

Eh bukan.. Bukan usia saya, usia saya dah lebih 18tahun. Tapi apakah 18 tahun? Kenapa tajuk entri kali ini 18 tahun? Apa yang ada dengan 18 tahun?

Pada Disember 2016 yang lalu, genaplah 18 tahun saya bersama SLE atau Lupus. Pembaca blog Dayang Deno tentu dah tahu kan, sejak tahun 2010 lagi saya selalu kongsikan tentang Lupus dan juga pengalaman saya bersama Lupus. Alhamdulillah, saya masih bernafas di bumi Allah ini bersama Lupus.. 18 tahun, kadang-kadang saya sendiri tak sangka saya mampu bertahan sehingga hari ini.. Sewaktu mula-mula didignose Lupus, saya diberitahu ada masa hanya 5 tahun... Kuasa Allah... 18 tahun bersama Lupus, terlalu banyak pengalaman, pengalaman yang bagi saya susah untuk dilupakan. Sakit sejak kecil, tidaklah mudah.. Tetapi cuba semampu mungkin untuk menjadi seperti orang lain walaupun tidak banyak yang saya mampu lakukan.. Saya bercerita, berkongsi, memberi pemahaman pada orang ramai tentang Lupus hanyalah untuk awareness. Agar orang alert, lebih faham dan tahu ada penyakit kronik di dunia ini yang dipanggil Lupus. Saya berkongsi agar tiada orang yang boleh sesuka hati "menghukum" pesakit2 Lupus.. Lupus, it's invisible. Susah orang nak percaya pesakit Lupus, pengalaman saya dari kecil memang pedih berhadapan dengan orang ramai yang tak faham. Hati.. hati ini kalau orang boleh nampak.. orang akan nampak banyak kesan luka dan parut sebab mulut2 orang yang tak pernah faham akan sakit yang saya tanggung.. Nampk normal, biasa.. hakikatnya tuhan sahaja yang tahu sakitnya.. Lupus, penyakit yang setakat hari ini belum ada penawar untuk menyembuhkannya... dan pesakit bertahan dengan ubat dan izin Allah SWT..  Ya, sehingga ke hari ini saya masih mengambil ubat-ubatan setiap hari, masih perlu berjumpa doktor dan saya masih melakukan rawatan dialisis setiap hari. Saya dialisis kerana Lupus, Lupus telah menyebabkan kedua-dua kidney saya rosak. Sepanjang 18 tahun, Lupus pernah menyerang otak, kulit, sendi, jantung, darah dan kidney saya... Saya redha....

Genap 18 tahun saya dan Lupus.. Alhamdulillah saya masih di sini. Harapan saya masih sama seperti tahun-tahun yang lalu, semoga diri ini akan terus kuat, tabah dan juga sihat..  Inshaa Allah.. :)


Dr. Lim


Alhamdulillah

Artwork Dayang Deno sudah selamat bersama Dr. Lim Yan Ngo. Dr. Lim, doktor yang lama menjaga dayang di Wad KK1, Institut Pediatrik sejak dayang didignose Lupus pada tahun 1999. Dayang sayang Dr. Lim.. Dr. Lim akan bersara pada bulan Febuari nanti.. Hanya lukisan yang dapat dayang hadiahkan pada Dr. Lim, tanda kasih sayang dayang pada doctr. Apalah nak dibandingkan lukisan dengan jasa doctr pada dayang.. Pernah satu ketika, waktu dayang tenat di icu, jantung ini sudah berhenti berdegup.. tapi Dr. Lim tak putus asa dengan dayang.. Abah cakap, Dr. Lim tetap cuba dengan defibrillator.. Dengan izin Allah, dayang masih di sini.. Terima kasih Dr. Lim a.k.a Mama Lim.. dayang akan sentiasa merindui Dr. Lim ... :')




Wajah Baru


Blog Dayang Deno berawajah baru!! 

Enam tahun blog deno sama sahaja, tak pernah bertukar wajah. Kali ini, sempena tahun baru ini juga...deno pakaikan "baju" baru buat my baby blog^^

Nasib baik jugalah deno masih ingat cara nak edit, boleh ingat lagi how nak main coding. Rasanya dah setahun lebih tak usik coding selepas deno active dengan doodle art. Alhamdulillah selepas beberapa jam berenang di lautan coding... inilah wajah baru blog deno!

**Psst2, komen sikit ehehe :)


Meet The Artist 2017


Dayang Deno telah ditag oleh rakan pelukis Wan Mars. Dan inilah hasilnya doodle yang simple tentang Dayang Deno, and few things dalam backpack dia.

Barang paling penting bagi deno ialah minyak angin dan ubat-ubatan coz deno mudah sangat diserang sakit kepala, in case kan.. So memang kena ada. Ubat pula memang tak boleh tinggal, sentiasa ada di dalam bag. Ehehe :)




Potrait Daripada Alifwawya Art

Yeay dapat hadiah potrait! :)


Pada bulan lepas Dayang Deno dapat hadiah potrait daripada seorang kawan, juga kawan pelukis. Kawan pelukis otai tau, memang hebat! 

Abang Awi namanya, dia seorang pelukis potrait. Cantik Abang Awi lukis.. Dah banyak lukisan abang Awi buat, biasanya deno akan lihat update daripada abang Awi di facebook. Seronok 'cuci mata' lihat lukisan Abang Awi.. Lukisan nampak "hidup". Hebat sungguh! :) 






Hebat kan? Cantik pula tuu.... Boleh pengsan melihatkan lukisan abang Awi ni, deno pun geram! Abang Awi memang berbakat besar.

Oh ya, Abang Awi ada ambil tempahan lukisan potrait tau. So, kalau korang berminat boleh PM terus kat sini : ALIFWAWYA ART :)



Bertemu Bos Doodle Malaysia

Alkisahnya sewaktu Dayang Deno di KL pada bulan Januari baru-baru ini..

Oh ya untuk pengetahuan semua, lama juga Dayang Deno di KL.. Tak silap dalam sebulan macam tulah.. So, dapatlah deno ambil peluang untuk berjumpa rakan-rakan kat sana sebelum pulang ke Terenganu^^

Dayang Deno berjumpa dengan big bos Doodle Malaysia iaitu bos Faz! So, awal-awal dah plan jumpa @ Starbucks, Th Curve. Rare ni... Bukan senang nak jumpa dengan big bos ni tau :)


Haaa bila dah jumpa apa lagi kan, bos kenalah doodle dalam sketch book Dayang Deno! Haha! Sorry bos, bukan selalu jumpa kan... Sebenarnya ini ialah kali kedua kami berjumpa, kali pertama jumpa pada tahun 2015 di Muzium Telekom sewaktu event Doodict.

Segan juga bos lihat artwork Dayang Deno.. Kebetulan waktu bos sampai, deno baru sahaja siap melukis. Selain daripada bos, deno juga bertemu kawan doodler iaitu Zatul dan Suffian! Banyak juga kami bualkan ^^




Macam biasalah, Dayang Deno paling kecik d situ. Hehe.. Alhamdulillah so happy dapat jumpa bersantai bersama kawan-kawan doodler including big bos.. and kepada bos Faz, thank you so much for da button badge! Love it!... And thank you DM family for always supporting me and Lupus Awareness :') 

Hopefully, ada rezeki panjang umur dapat kita semua berjumpa lagi ya.. Inshaa Allah.. Majulah doodle untuk negara! 

Eh  :p




Choki

After 6 years!! I cannot believe it!


Honestly, Dayang Deno tak pernah terfikir pun akan dapat berjumpa dengan Choki, pemilik blog www.syauqirambles.blogspot.my! Check out his blog okeh :) Sebelum ini kami hanya berhubungan di dunia maya sahaja seperti Blog, Facebok, Twitter dan Instagram. Ya Allah 6 tahun! Selepas 6 tahun dapat bertemu Choki. Plan sekejap sahaja, kebetulan pula deno pun berada di KL.. Mulanya segan juga coz this is my very first time jumpa Encik Choki, tapi bila dah berjumpa lain jadinya coz Choki yang super friendly^^

Kami lunch bersama, banyak juga topic kami bualkan, like our life, interests, friends, family... Dah macam kawan yang lama terpisah kemudian bertemu kembali. Macam tulah gayanya haha!! .. Dan macam biasalah bila dah berjumpa we cannot stop talking, laughing and sharing!



Emm sekejap sahaja masa berlalu kan, tak sangka persahabatan selama 6 tahun di dunia maya dan Allah beri rezeki untuk berjumpa. It was a pleasure to meet you Choki, you really made my day! I'm so happy!  Thank you so much for always supporting me and Lupus Awareness.. Hopefully, panjang umur ada rezeki dapat jumpa lagi ya... Inshaa Allah :)

*Oh ya, good luck on your final year Choki! Ganbate Choki san!! 



Tolong


Tolong anak saudara... 

Katanya kawan dia nak, dan dia nak jual. Mulanya deno hairan juga macam mana kawan-kawan sekolah tahu makcik dia ni melukis.. Rupa-rupanya kawan dia ada terlihat doodle deno pada handmade pencil case yang deno buatkan pada tahun lepas.. Deno ada doodle gambar dia kat situ.  Boleh tahan ramai kawan dia order, deno tolong doodle sahaja :)


Terkenang Pula


Sebelum aktif doodle seperti sekarang, Dayang Deno pernah aktif 'bermain' coding. Selepas grad 3 tahun yang lalu, deno mula belajar sendiri menggunakan coding, dan bertanya kepada yang lebih arif.. Deno agak susah untuk mendapatkan pekerjaan seperti orang lain kerana masalah kesihatan ini, so deno cuba dengan blog design. Pada masa yang sama, deno melukis coz biasanya client nakkan doodle pada blog masing-masing.

Penat jugalah sebab mengadap coding yang banyak dan kecik tu, penat melukis pun sama. Bila diingat kembali, kadang-kadang rasa rindu juga. Ada juga blog yang masih menggunakan template dari Dayang Deno, terharu sangat rasanya.. Sekarang deno dah tak buat blog design, deno lebih focus kepada doodle art dan design-design yang lain...

Blog design pula hanya tinggal kenangan....



Instagram : @dayangdeno
Art Page : Daynag Deno Art


Emoji Dayang Deno

Kes terjebak dengan rakan doodler from Dooldle Malaysia, Kopi Soh^^ Dayang Deno suka sangat lihat emoji Kopi, dan tiba-tiba tangan ni pun laju je buat... Tiba-tiba je siap!

Wordless Wednesday : I'll Make It Through

Viewing all 1642 articles
Browse latest View live