↧
Faham
↧
Nanti
↧
↧
It'a A Promise
Bestfriend. It's not a label, but a promise :')
Rindu jangan cakaplah, tuhan sahaja tahu. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2006. Biasanya orang cakap bestfriend ni biasa gaduh, cakap kasar2.. Tapi kami tak, tak pernah cakap kasar, gaduh tak pernah sekali pun. Hampir 10 tahun tak jumpa, persahabatan makin kuat walaupun tak berhubungan setiap hari. Masing2 akan ada bila saat memerlukan... alhamdulillah.
Believe it or not, mata ni akan berair bila ingat pada kamu wahai sahabat. Semoga satu hari nanti Allah temukan kita lagi... Amin...
↧
Aduhaii
Aduhaii boleh pulak dia patah hari ni...
Tengok dulu ingatkan skru ke tercabut.. tengok juga kat besi tapi skru ada je dua2.. tapi rupa-rupanya memang patah. Adehh la masa ni jugak dia nak patah, rasanya tak dapat lagi nak ganti spec dalam masa terdekat ni...
Terpaksa pakai tape pelekat dulu la nampaknya, kalau tak pakai spec mana nampak buat kerja kan...
Dugaan betul....
↧
Salam Aidil Adha 2016
Selamat hari raya^^ Alhamdulillah kita semua dapat bersama lagi di hari raya aidil adha ini:)
Raya aidil adha ini seperti tahun-tahun yang lalu, mesti semua ada. Happy dapat bersama-sama satu family. Alhamdulillah... Plus dengan anak buah saya tiga ketul tu, baru tiga tapi riuhnya macam 10 orang hihi^^ Sebenarnya setiap kali balik kampung pun memang riuh budak bertiga tu, sepupu rapat :) Juadah untuk hari raya ini pula my mom buatkan nasi tomato.. Special sikit sebab hari special kan..
Raya aidil adha ini seperti tahun-tahun yang lalu, mesti semua ada. Happy dapat bersama-sama satu family. Alhamdulillah... Plus dengan anak buah saya tiga ketul tu, baru tiga tapi riuhnya macam 10 orang hihi^^ Sebenarnya setiap kali balik kampung pun memang riuh budak bertiga tu, sepupu rapat :) Juadah untuk hari raya ini pula my mom buatkan nasi tomato.. Special sikit sebab hari special kan..
Nasi tomato dengan lauk ayam masak merah, daging kurma, dan acar timun.. Ada juga juadah sampingan sikit... Saya pun baru je makan second round tadi, selera pula hari ini.. biasa nak makan pun susah hehe.. Terima kasih ma abah sayangg :')
Emm dengar tadi... kak obi and abang fik nak bakar sate malam ni.. yumm!
↧
↧
Birthday Abah
12hb September
Semalam hari raya aidil adha, semalam juga hari lahir abah. Alhamdulillah 71 tahun abah, syukur abah masih bersama anak-anak abah. Alhamdulillah semalam juga berkumpul ramai-ramai makan sama2, semua ada.. Kami sediakan suprise cake untuk abah, kak obi, abangfik dan abangngah bakar satey. Satey yang kakak saya buat sendiri, sedap!^^
Buat abah, doa adik sama seperti tahun-tahun yang lalu agar Allah panjangkan usia abah, abah sentiasa dimurahkan rezeki, abah dilindungi Allah dan abah sentiasa sihat... Tiada apa yang dapat adik hadiahkan pada abah yang banyak berkorban untuk anak-anak abah, selain doa pada abah..
Adik sayang abah :')
↧
Rendang Ayam
Alkisahnya rendang ayam... Beberapa hari sebelum raya aidil adha, my mom buatkan rendang ayam! :D
Sebenarnya tak tahu pun ma nak buat rendang, hari tu selepas balik dari farmasi ma beritahu nak buat rendang. Apa lagi melompat jugaklah anak ma ni, happy sangat2^^ Waktu ma buat kerisik, Ya Allah baunyaa... tahu sahajalah kan bau kerisik yang home made ni kan.. hehe..
Jadi malam tu dapatlah makan rendang, bersama ketupat nasi. Dah rasa macam raya puasa pula. Malam tu hanya makan rendang for dinner.. Alhamdulillah... Terima kasih ma!^^
↧
Simple
↧
Doodle Art Cergas Bersama Antabax
Pada bulan Ogos yang lalu, Dayang Deno ada menyertai satu contest dari Antabax. Doodle Contest Cergas Bersama Antabax. Contest tersebut tamat pada 30 September 2016 iaitu esok...
Semalam doodle art yang telah deno submit pada bulan Ogos yang lalu baru diupload oleh pihak Antabax ke dalam folder Antabax. Inilah doodle art Dayang Deno! :)
Di sini, Dayang Deno ingin minta jasa baik kawan-kawan semua untuk tolong deno LIKE doodle art Antabax deno ini.. Hehehe.. Cuma perlu LIKE :)
Korang klik link ini >>>> https://goo.gl/YZQ0VK
Kemudian, LIKE gambar tersebut... Ok dah. Mudah kan? :D
Terima kasih ya.. Nah tangkap flying kiss sorang satu! :*
..........................
Instagram : @dayangdeno
Fb Art Page : Dayang Deno Art
Fb Blog Page : dayangdeno.com
↧
↧
Malas?
Kadang-kadang, terasa malas.. Malas semuanya, malas makan ubat, malas dialisis, malas pegi hospital. Aduhh malasss semuanya!
Tapi mana boleh, nanti diri sendiri yang sengsara.. 'Terasa' sahaja malas, tapi tak pernah tinggal semua rutin dayangdeno dengan semua tu.. Tadi cakap pada ma, tak tau kenapa rasa malas.. Hari ni pun sampai migraine tak tau kenapa.. Alhamdulillah, migraine dah hilang malam ni, telan panadol dua bijik petang tadi.. Hmm biasalah kadang2 ada hari kita rasa something yang tak best bila terlalu banyak sangat berfikir. But most of all, i'm okey... Mungkin sebab, penat.
Itu sahaja.
↧
Emm
↧
Inshaa Allah
↧
Takkan Lupa
Sehari dua ini.. wall facebook dayangdeno penuh dengan gambar kawan-kawan di majlis konvokesyen.... Teringat pula zaman belajar di UiTM, banyak sungguh dugaan ....
Dayangdeno konvo pada tahun 2013
Takkan lupa...
To be honest, dayangdeno tak pernah sangka akan habis juga belajar... Bila terkenang betapa banyak dugaan untuk habis belajar tu, rasa terharu.. syukur...
Kawan-kawan blogger yang dah lama kenal dan follow baby blog dayangdeno tahulah life dayangdeno macam mana.. dengan SLE flare setiap masa, waktu belajar makin teruk sakitnya. Keluar masuk hospital tu perkara biasa, masuk icu di saat nak amik final exam.. Itulah SLE, susah kita nak expect apa-apa pun... 4 semester extend belajar sebab sakit ini, siapa tak sedih.. satu2nya student accounting ni lambat habis sebab SLE.. Tapi manalah orang faham, manalah orang nak percaya sebab bila deno pergi ke kelas, orang akan nampak diri ini normal macam orang lain dengan pipi tembam kesan steroid.. orang susah nak percaya.. tapi tak pernah orang nampak deno di hospital macam mana, struggle nak lawan sakit dan struggle nak belajar.. kawan2 satu batch pun semua dah lama tamat.. Dayang? Allah... tuhan sahaja tahu rasa hati ni...
Takkan lupa... jadi lone ranger. Sorang2 study di library, sorang2 jumpa lecturer, sorang2 makan kat cafe, sorang2 duduk buat kerja.. Dah biasa sorang.. Ada juga kawan2 dari junior tapi boleh dibilang dengan jari yang jadi kawan. Dayang tahu, dengan senior yang lambat habis ni selalu dicop bodoh. Takpelah.. Belajar jadik lone ranger. Sedih memang sedih rindu kawan baik dulu2, tapi selalu ingat pesan kakak.. kita kan nak belajar, kawan taknak kawan kita tak apa, focus belajar... Abah, ma, kakak selalu support.
Takkan lupa... paling teruk deno rasa bila SLE attack jantung.. hampir 2 bulan di hospital buat diri ni rasa upset, hopeless sangat2.. treatment di hospital dengan jarum kiri kanan tangan dan ubat yang menyakitkan, bila ubat masuk sahaja mesti deno gosok2 lengan sampai habis ubat yang tergantung tu.. ubatnya memang rasa sakit, pedih.. plus dengan urat2 deno yang halus ni, pedih sangat. Hari2 ubat kena masuk dalam badan ni, setiap 6 jam ubat di masukkan tru drip. Dah berpuluh kali jarum kena tukar kat tangan sebab urat membengkak sepanjang treatment.. Dua2 tangan dah macam hancur dengan lebam dan bengkak sampai demam2 sebab terlalu sakit. Wayar2 dari mesin pula 24/7 kat badan.. Orang lain admitted rehat2 tapi deno dengan buku law, finance, account sebab nak amik final exam kat hospital.. In the end, tiba-tiba masuk icu... Extend belajar lagi, sedih..
Takkan lupa... waktu semua student busy belajar, deno jatuh sakit lagi. Kepala ni hampir2 dipotong. Semuanya gara2 SLE juga, deno dapat infection dalam darah. Teruk sampai kepala ini pun bengkak. Allah sahaja yang tahu perasaan ni bila doctor cakap nak buat operation.. Hilang selera makan sebab terlalu risau. Sebulan lebih di hospital, akhirnya deno makin pulih.. Syukur doctor tak jadi nak buat... Lega sangat2...
Takkan lupa... last semester. Ingatkan dah ok, takde nak admitted lagi.. Tiba-tiba SLE flare lagi.. Memang SLE ni jeles dengan deno, suka buat deno sakit. Result ESR tinggi, 120. Means SLE active sangat2. Nak dekat final exam, admitted lagi.. Sakit... badan sakit. Kepala sakit. Tapi paksa diri study, buat latihan perlahan-lahan. Rasa nak give up sebab terlalu sakit, sampai satu tahap tak dapat baca apa pun sebab terlalu sakit. Nangis je.... ma gosok2 tangan sambil kesat air mata anak ma ni. Deno nangis sebab rasa upset tak dapat study, nangis sebab taknak extend belajar lagi.. plus rasa sakit.. bila fikir nanti kena extend bertambah sedih, dah penat extend belajar. Taknak dah... Kesian ma, hari2 ma tolong tolak wheelchair pergi dialisis, nak jalan memang tak larat langsung. Sampaikan dialisis ma tolong buatkan. Kesan ubat pula satu hal, ubat yang sangat kuat. Kesan dia buat deno tak ada upaya nak pegang apa2 pun. Sampai semua ma abah yang uruskan, makan disuap, pakaian perlu dipakaikan, rambut pun abah tolong sikat, sampaikan deno tak dapat bercakap dengan betul.. jadi pelat. Deno nak menulis pun susah.. rasa takut, risau jadi kekal macam tu.. Tapi, alhamdulillah lama2 makin pulih.. Dah boleh pegang pen, dah dapat tekan kalkukator walaupun tak betul2 okey.. Deno dapat juga ambil final exam di hospital. Menulis dengan jarum di tangan dan keadaan yang sakit, rasa upset sangat2, plus kesan ubat yang buat deno berfikir jadi macam... "slow", menulis pun jadi lambat. Serius sedih... tapi redha sahaja.. T_T
Takkan lupa.....
Waktu nak check result final exam untuk sem ke 10 (deno amik exam di hospital juga last sem). Gigil tangan nak klik untuk result, takut sangat2. Allah, bila tahu semua lulus dengan cgpa yang baik, berair mata sebab terharu. Perkataan pertama keluar...
Alhamdulillah...
.....................
Kalau nak tulis kat sini semua kenangan tu, rasanya seminggu pun belum tentu habis. Terlalu banyak kisah suka duka dengan SLE waktu belajar.. Jika ikut hati dan perasaan ini, dah lama rasa nak give up tapi sebab selalu ingatkan diri belajar ini sebab nak ilmu, bukan sebab nak kerja... Yang penting ilmu. Allah dah rancang yang terbaik untuk Dayang Deno ini.. Sekarang siapa sangka deno full time doodler, tak pernah deno fikir pun sekarang deno akan melukis. Deno dapat kenal ramai kawan2 yang luar biasa dalam dunia art dan dunia blog... kawan2 yang baik menjadi kawan Dayang Deno.. Walaupun selalu juga tak sihat dan sakit, deno rasa sekarang lebih baik. Syukur deno punya abah, ma, family dan kawan2 yang supportive.. Alhamdulillah... :')
↧
↧
Tenanglah Di Sana
Baru dapat berita kak ira meninggal dunia semalam..
..........
Kak ira
Dia insan istimewa yang deno kenal sejak zaman kanak-kanak lagi.. Kak ira, kawan sekampung, kawan mengaji kat rumah tokki kang selepas balik sekolah. Deno dan sepupu2 kenal rapat dengan Kak Ira. She never skipped mengaji, dia boleh membaca quran dengan lancar sekali walaupun dia istimewa. Kadang2 tak terasa pun dia berbeza dengan deno dan sepupu2 deno.. Sebab sifatnya yang sangat menyenangkan kami semua.. Setahun lepas deno baru dapat tahu Kak ira didignose dengan SLE/ Lupus. Sakit yang sama dengan deno... Dengar khabarnya, Kak Ira sedang elok2 sihat sahaja, dia demam sehari, admitted sekejap sahaja, Kak Ira sudah tiada... Allah.. tak pernah sangka Kak Ira akan pergi secepat ini.. Terbayang wajah Kak Ira yang bersih itu, dia insan istimewa yang pernah menceriakan deno satu masa dulu, insan yang menjadi inspirasi... Al-fatihah buat Kak Ira, tenanglah Kak Ira di sana...
↧
Jangan Menyerah
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kekuasaaNya
Bagi hambaNyabyang sabar
Dan tak kenal putus asa...
..........................
Sangat terkesan dengan lagu ini.. Setiap kali rasa sedih, dengar lagu ni memang nangis sebab macam dekat sangat dengan diri deno...
Hari ni rasa agak sedih selepas balik dari hospital.. Tadi jumpa doktor pakar, macam biasalah jumpa doktor... Tadi, doktor ada cakap2 tentang CAPD treatment yang deno dah buat selama 16 tahun, doktor sebut pula pasal fistula, pasal dialisis darah.. Doktor tanya sahaja sebenarnya, sebab dah lama sangat deno dengan CAPD. Tapi, doktor sebut sahaja pun deno jadi sebak.. Dah lama deno takde fikir2 pasal tu and bila doktor sebut deno rasa sedih. Tapi tahan sahajalah, senyum.. Deno cuma cakap selagi boleh pakai tiub tenchkoff ni, pakai. Deno taknak buat dialisis darah tu, sebab deno tahu perit treatment tu, deno dah pernah rasa how sakitnya treatment tu.. Bila ingat2 balik dulu, rasa sebak sangat. Balik dari hospital tadi rasa sedih, sebab fikirkan diri sendiri. Deno ada SLE, lain dengan kidney patient yang lain. Tipulah kalau tak sedih, terfikir how condition diri di masa depan, how nak survive nanti, mampu tak bertahan dengan CAPD ni sebab kalau diizin Allah deno taknak langsung cuci darah tu... sakit :'( Tulis ni pun dah rasa sebak sangat, even kita tak tahu umur kita ni panjang ke tidak, masa depan macam mana but that "thing" macam tiba-tiba sahaja datang buat deno terfikir-fikir. To be honest, deno rasa penat... penat sangat. Mungkin orang nampak deno yang selalu senyum, ceria sahaja orangnya.. tapi dalam hati ni tak pernah sunyi dari rasa risau apa akan jadi pada deno dengan SLE ni. Serius risau.. Allah sahajalah tahu dalam hati ni rasa macam mana.. Tapi itulah dayangdeno, she loves to smile even dalam keadaan paling awkward dan sedih sekali pun... itulah dia. Cuba untuk tabah, jadi normal even life takdelah hundred percent sama macam orang lain dengan CAPD 4 times daily yang meletihkan, cuma deno taknak layan sangat rasa letih coz dah tahu nanti tak dapat buat apa2 kerja pun. Cuba untuk jadi orang paling positif even jauh di sudut hati ini risau dengan condition diri sendiri.. Cuba untuk kuat even realitinya deno tidaklah kuat seperti biasa orang lihat....
Tapi.. deno cuba juga untuk buat yang terbaik dan yang termampu, untuk survive.. Ingatkan diri setiap perkara berlaku pada diri ni ada sebab, ada hikmah Allah bagi.. In Shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti.....
Tapi.. deno cuba juga untuk buat yang terbaik dan yang termampu, untuk survive.. Ingatkan diri setiap perkara berlaku pada diri ni ada sebab, ada hikmah Allah bagi.. In Shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti.....
↧
Heart
↧
Dua Minggu
↧
↧
Doodle Camp!
Doodle camp! Yeah!! *lompat bintang!!! ^_^
Jom jom jom! Team doodle nak ajak korang semua makcik pakcik adik abang kakak semua join doodle camp yang akan diadakan tak lama lagi! :)
Untuk pengetahuan semua.... Sungai Merab Guest House ( https://m.facebook.com/sgmerabecoresort ) telah berkolaborasi bersama persatuan pencinta doodle iaitu : Doodict ( https://m.facebook.com/doodict/ ) untuk menganjurkan Kem Doodle yang julung2 kalinya yang diadakan di Malaysia!!^_^ Pelbagai aktiviti berkonsepkan Doodle yang menarik dan menyeronokkan akan diadakan selama 2 hari 1 malam di sini^^ Penyertaan ini terhad kepada 80 penyertaan sahaja tau, jadi cepat2 jangan lepaskan peluang yang ada ini! Seronoknya!! Berbaloi-baloi hanya rm 199 sahaja :)
Berbaloi-baloi... Bukan semua orang akan dapat peluang ini tau... Ruginya kalau tak join. Terbuka, sesiapa sahaja boleh join, bukan kaki doodle pun boleh join, pendek kata join jeee :D
- Pengangkutan awam dari stesen komuter UKM
- Penginapan untuk 2 hari 1 malam
- Sajian makanan dan minuman selama 2 hari 1 malam
- Cenderahati Doodle Camp *tshirt, stickers, rantai kunci dll
- Peralatan melukis seperti pen, marker, fabric marker, tshirt kosong (untuk doodle)
- Pengalaman, pengetahuan, kemahiran baru
- Doodle2 bersama-sama team doodle
- Kawan-kawan baru
- Siji penghargaan
Tempat : Sungai Merab Guest House
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016
Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! ^_^
Hubungi :
Cikpun Lela : 0192081474
Puan Azizah : 0173037160
Encik Zami : 0126690286
↧
Buasir Otak : The Komik - Awakening
Berita baik untuk semua! Sukacita dimaklumkan buku indie kami yang ke-4 telah pun diterbitkan iaitu Buasir Otak: The Komik (AWAKENING).
Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.
Caj penghantaran PosLaju:
Atau Whatsapp/SMS agen kami seperti berikut:
Jangan tunggu lama-lama, hadiahkan senaskah buku untuk diri anda sendiri atau sebagai hadiah kepada orang lain.
Credit : Blog Buasir Otak
Buku kali ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, mengandungi kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti kehidupan, hasil kolaborasi 56 orang pengkarya.
Antara cerita yang dimuatkan adalah beberapa naskah yang pernah viral dan dikongsikan ramai netizen di FB yang telah diolah semula untuk dibukukan iaitu Kehidupan Suatu Perlumbaan, Ujian Tuhan, Ku Jaga Dia Untukmu, Kasihnya Ibu, Maafkan Saya Abah, Terima Kasih Aku dan lain-lain lagi, ditambah lagi dengan pelbagai naskah lain yang menarik. Turut sama, penampilan istimewa komik spin-off Origami Biru oleh Lanun Ranggi.
Selain daripada pengkarya dari buku Buasir Otak: The Komik yang asal, ia turut membariskan ramai pengkarya yang bukan calang-calang iaitu Al-Hafiz (Pemenang Cabaran Komik Online Malaysia 2015), pengkarya dari Aretis United Sucomi iaitu Anhaz, Amna Shark, Irfan Hilal, Kein Thunderboyz, N.A.N, Syafy dan Siti Manan, doodler berbakat Dayang Deno dan Rizal Paperbag Head, serta pengkarya yang tidak asing lagi dalam dunia komik FB iaitu Ben Osman, Sketchbook AmirulFaiz Kott, Tangan Kanan, Imanimex dan lain-lain lagi.
Berikut adalah barisan penuh pengkarya serta tajuk karya masing-masing:
Maklumat Buku:
Harga buku:
Hanya RM25 seunit tidak termasuk kos penghantaran
Caj penghantaran PosLaju:
RM8 (Semenanjung) | RM12 (Sabah dan Sarawak)
COD (Cash On Delivery):
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.
Jumlah mukasurat:
Jumlah mukasurat:
296 mukasurat (Ya komik ini memang tebal)
Cara-cara Pembelian
Hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com
Atau PM di Facebook Prince of Noob di:
Atau PM di Page Facebook Buasir Otak: The Komik di:
Atau Whatsapp/SMS agen kami seperti berikut:
Sang Kancil: 013-9313541
Jangan tunggu lama-lama, hadiahkan senaskah buku untuk diri anda sendiri atau sebagai hadiah kepada orang lain.
Credit : Blog Buasir Otak
↧
BOTK Meet Up
Tak pernah deno sangka akan dapat bertemu dua orang blogger yang selama ini hanya kenal dan berhubung melalui laman sosial. Blogger dan pada masa yang sama mereka adalah rakan2 pelukis yang awesome di dalam Buasir Otak The Komik!! :)
Guess who??
Cakkk!
Blogger/pelukis Putra Nubhan dan Budoxe Lee!!!^^ Kalau sebelum ini deno hanya dapat baca penulisan mereka, alhamdulillah pada weekend baru-baru ini rezeki jumpa kawan-kawan deno yang awesome ni!
Alkisahnya... Deno nak ambil buku Buasir Otak The Komik (BOTK) daripada Nubhan^^ To be honest, jika diikutkan memang segan dan nervous oii nak jumpa, tapi.. belasah sahajalah ehehehe.. Oh ya untuk pengetahuan semua, Nubhan ialah founder dan juga editor kepada buku BOTK, bos BOTK tau. Seperti entry sebelum ini, deno pernah kongsikan tentang buku BOTK 1, 2 dan 3.. dan sekarang our 4th edition BOTK iaitu BOTK Awakening telah diterbitkan. Alhamdulillah:) We met @ Paparich Cafe, D'pulze, Cyberjaya. Tak sangka pula deno, blogger Lee dengan trademark "perghhh" pun ada sama! Happy but nervous.. Aduh nervous ok, nervous. Itulah si dayang deno, tak tahu kenapa sejak azali nervous dia bila bertemu orang, aduii even dah jumpa depan-depan my hand dah sejuk semacam. Tapi bila dah mula berbual barulah kurang nervous dia...
KLIK gambar untuk lebih jelas
Happy dapat buku plus happy dapat jumpa kawan-kawan yang awesome! Rare tau dapat jumpa Nubhan dan Lee :) Terima kasih Nubhan dan juga Lee sudi jumpa deno, sudi conteng-conteng di dalam sketch book deno dan terima kasih for BOTK! Hopefully suatu hari nanti kita dapat bertemu lagi.. Inshaa Allah :)
xxxxzx
**Jom dapatkan buku Buasir Otak : The Komik - Awakening sekarang dengan menghubungi :
Hantarkan email anda kepada:
princeofnoob@gmail.com
atau PM di facebook Prince Of Noob
atau PM di Fanpage Buasir Otak : The Komik
↧