Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Dah Macam Kawan Sekolah

$
0
0
Deno dapatSLE ketika berumur 10 tahun, ketika sebaya anak buah sulung (Sarah Aina) sekarang. Kami dah sama tinggi! :') 

anak buah dengan cikcu sama minat : t-shirt dan jeans

Deno pernah baca kalau seseorang pesakit mengambil ubat steroid sejak kanak-kanak, dia takkan besar. Deno ambil steroid sejak berumur 10 tahun sampai sekarang, so.... this is me! Dah macam kanak-kanak ribena walaupun dah 24 tahun! Hihi :p

Kalau deno dan dia tengah berkejaran dalam rumah mesti kaklong cakap :"haaaa.... tengok makcik dengan anak saudara main kejar-kejar.... dah macam kawan sekolah!"

Sampai sekarang kami memang rapat. Semua anak buah rapat dengan cikcu. Agaknya sebab badan cikcu yang kecik, diaorang ingat cikcu pun budak-budak yang boleh dibuat geng! hahaha.. Tapi jangan main-main kalau cikcu marah siap dia!  :p


p/s : kadang-kadang kena buli jugak dek anak buah... hihi^^



Tempahan : Full Edit & Design Princess Rania

$
0
0
This blog is belong to my Lupus friend, kak rohafiza :) Rania pula ialah anak kepada kakfiza, comel sangat Rania!! Kakfiza pun orang Terengganu tau, sama macam deno. Ops lupa, kakfiza ni Timbalan Presiden PSLEM Terengganu! ^_^


Personal Blog
Full edit and design
Theme : Purple, pink and white
Link : http://raniaeryna.blogspot.com

COPYRIGHT© DayangDeno
Kepada yang berminat boleh membuat tempahan di
Email : pinky_deeno@yahoo.com


p/s: thanks kakfiza sebab percaya dayang ^_^


Penat Sangat Agaknya

$
0
0
Anak buah, Amca ni bila balik sekolah jarang sangat tidur. Penat pun dia tak tidur, susah nak rehat. Lincah betul. Ada je perkara dia buat, tak boleh duduk diam... Kalau duduk diam pun tengok kartun

Tapi hari ni, balik dari sekolah dia tidur ~


Tadi tiba-tiba senyap je dia... Rupa-rupanya amca dah krossss...

He suprised me! Tak pernah pun tidur lepas balik sekolah. Agaknya terlalu penat la tu...Dah beso dah amca, walaupun baru darjah satu, panjang betul cikcu nengoknya.. hihi :p


p/s: lena betul tidurnya

Lunch Hari Ini

$
0
0
Hari ni lain menu lunch... Anak buah balik sekolah dah lapar sangat, jadi cara nak cepat makan ialah dengan mcD delivery.. Hari ni deno dan anak-anak buah lunch dengan mcD. Sekejap je order sampai rumah :)

Amca yang tidur tadi, terus dia bangun dengar "mcD".. hihi, budak-budak pantang dengar mcD :p


Kelakar betul Amca, dengan mata kuyu baru bangun tidur, dia makan laju. Deno pun tergelak tengok dia makan, laju betul. Sekejap je habis. Cikcu pun sama dengan Amca, makan McChicken ~



p/s: lunch dengan mcD :p


Bersantai Di Red Box

$
0
0
Semalam, my sis, deno dan anak-anak buah bersantai di Red Box, The Curve. 

Dah 2-3 hari anak-anak buah bising nak pergi karaoke.. Lagi-lagi Aina yang setiap hari tanya bila nak ke Red Box, jadi semalam kaklong pun free. Apa lagi, dapatlah ke sana semalam :)


Seronok bersantai sambil menyanyi.. Yang stress pun dapat hilangkan stress sama^^ Macam-macam lagu, dari lagu perlahan ke lagu rancak, then perlahan balik, pastu rancak.. Paling best dengar kaklong nyanyi, fuh dah macam Celine Dion kaklong.. hihi^^


Deno? Deno suka... Sama jugak macam kaklong, i love Celine Dion... :p

"i can read your mind.. and i know your story..." Ohhh deno suka lagu That's The Way It Is! :) Sampai ingat lirik dia... hehe




p/s: sekali sekala pergi karaoke seronok juga kan :)


It's For Our Own Good

$
0
0

Deno buat tempahan doodle ibu dan anak tadi...

Teringat kat my mum, kali ni lama pula deno berjauhan dengan ma. Biasanya tak lebih dari dua minggu, tapi kali ni dah hampir sebulan stay kat sini,rumah kaklong^^ Ini pun sebab abah bagi "greenlight", biasanya abah susah nak bagi deno pergi mana-mana dalam tempoh lama sebab deno mudah jatuh sakit tiba-tiba...

Ma abah sangat risaukan deno, kalau keluar dengan kawan pun sangat-sangat risau. Mungkin sebab kesihatan deno nampak baik, abah benarkan... :) Dah 2 kali abah "pos" air dialisate CAPD dari Terengganu ke Kuala Lumpur. Deno kira kan..... total air ubat tu 19 kotak bersamaan 228kg ubat! Thanks abah! ^_^

Hmmm, deno susah nak pergi tempat jauh.. Deno teringin sangat ke Mekah, insyaallah satu hari nanti nak sampai juga ke sana jika kesihatan mengizinkan, deno tahu kalau nak ke sana banyak prosedur perlu buat sebab masalah kesihatan deno. Sometimes rasa down sebab banyak perkara tak boleh buat tapi deno selalu sematkan dalam diri : "setiap yang berlaku pada deno ada hikmah di sebaliknya"

Lepas nangis, tarik nafas, then akan rasa lega balik, i'm okey :')


p/s: Allah takkan membenarkan sesuatu terjadi kepada kita melainkan ianya untuk kebaikan kita sendiri :')


Dah Mula Dah...

$
0
0
Pagi tadi dah rasa tak sedap tekak.. 
Perit rasa tekak ni, menelan sangat tak selesa.. 
Dah mula dah datang sakit tekak, permulaan kepada penyakit... 
Nak cari Strepsiles, nak legakan sakit tekak ni...
Harap-harap sakit tekak tak melarat 
Sebab kalau melarat nanti habis dengan demam batuk selesema..


p/s: cari ubat sakit tekak :p


Kan Dah Cakap

$
0
0
Semalam sakit tekak.. Deno dah agak itu permulaan kepada tak sihat. Bangun pagi tadi dah demam dengan selesema..... Aduhaiii....

Badan rasa sangat-sangat lemah pagi tadi. Kepada berat, then rasa sejuk sangat-sangat... Sejuk sampai berbungkus je pagi tadi.. Then makan Paracetamol, baru okey sikit.

Sekarang masih demam cuma tak teruk macam pagi tadi.. Selesema belum kurang, dari tadi duk bersin dan srooootttt je. Cuma satu je yang bagus, sakit tekak semalam dah hilang :)


p/s: dah okey sikit


Better

$
0
0

Dua-tiga hari tak sihat..

Tak pernah kalau demam, demam macam tu je.. Mesti sekaligus dengan batuk dan selesema. Penyakit 3 beradik tu mesti dapat.

Alhamdulillah demam tak melarat sangat, demam dah kurang kesan daripada ubat. Lega sangat-sangat suhu badan tak cecah 40 :) Abah kat Terengganu pun dah bimbang bila deno cakap demam ... Hehe.. Untuk tahun 2014, inilah first time tak sihat..

Terima kasih semua yang mendoakan deno :) Deno sayanggggg korang ^_^


p/s: alhamdulillah ^_^


Sehari Di Johor Bharu

$
0
0
Fuh penat..

8malam semalam sampai Johor, 8malam tadi sampai Damansara semula. Sehari di Johor Bharu, ikut kaklong ada hal di sana. Semalam bemalam di Bayu Marina Resort. 

Sementara kaklong  buat kerja, deno macam biasa jadi "pengasuh" anak-anak buah.... Apa lagi budak-budak kalau tak main air tak sah kan.. hihi :p




Geram cikcu ni nak join sekali tapi tak sihat. Tengok dan guard je la budak-budak ni ...Sampai rumah tadi, tak rehat terus bersiap-siap buat CAPD... penat pun kena buat juga kan, sabo je la, huhuhu..


p/s: batuk dah kurang sikit lepas telan cecair Woods


Tempahan : Full Edit & Design Anak Mama Sihat

Akhirnya Kami Bertemu

$
0
0
Selepas AyuCandy, bf deno di SMKSS termasuk juga Lina. Dah lama kami plan nak jumpa tapi asyik tertangguh sebab masing-masing ada hal. 

Tadi deno sms lina, dia pun free.. Apa lagi, dari Damansara terus ke Cheras jam 9malam tadi... OMG! Akhirnya kami bertemu setelah beberapa tahun tak jumpa!!!! ^_^

deno and lina

Banyak yang kami bualkan. Kan best kalau AyuCandy, Leen dan Madie ada sekali dengan kami, barulah lengkap besties zaman sekolah menengah :) Tapi itu la kan, masing-masing dah kerja dan ada komitmen. Ohhhh rindunya kenangan kami dulu di SMK Sultan Sulaiman!!! :')


p/s: oh ayu.. bila agaknya kita dapat jumpa ya awak ... i miss you so much! :')


Life Without Limits

$
0
0
 "Nothing is impossible when you have faith"

Nick Vujicic

idol  inspiration love 

I always inspired by this man...
Always being positive ..Positive attitude & thought is a powerful thing :')


p/s: Alhamdulillah..Praise is to Allah...Despite of suffering from SLE disease, I am blessed for having such a loving & supportive family.Thank you Abah, Ma, KakLong , KakNgah, KakObie & KakAna...

Even Batuk

$
0
0
Pagi tadi sarapan bersama kaklong dan kakhanna di Teh Tarik Place, The Curve . Then hantar kaklong kat office sebelah tu je.....  Lepas tu, shopping barang dapur di Tesco..

Keluar dari Tesco dah tengahari, cuaca pun panas. Walaupun batuk, tekak teringin nak makan aiskrim!!!


Nak perisa favourite tapi tak ada, hanya ada vanila. Even deno tak suka flavour vanila, terima seadanya sebab tekak teringin benar nak aiskrim! Duk syok makan aiskrim sambil batuk-batuk... Hahaha.. Bila cuaca panas macam ni.... walau batuk aiskrim tetap dihatiku.... Eceh :p


p/s: pejam celik pejam celik next week nak balik ganu dah......... ^^ 


On And Off

$
0
0
On and off... Tadi badan kembali hangat..


Dalam minggu ni ada ala dalam 3-4 kali demam. Tapi ianya on and off. 

Petang tadi okey siap main badminton dengan anak buah dan kakhanna. Siap melompat-lompat lagi... Bila malam mula la rasa macam kurang sihat... Harap demam on and off ni tak lama...


p/s : take care everyone :)


Happy Chinese New Year 2014

$
0
0
Dam dum dam bunyi mercun!! ^^


Selamat tahun baru cina untuk semua sahabatku yang berbangsa cina :)



p/s: cuti-cuti ada pergi mana tak? ^^


Pengsan

$
0
0
Alkisahnya bermula bila pagi semalam, deno bangun tidur jadi batuk non-stop..Batuk berkahak, sakit kepala sebab batuk kuat sangat. Plus selesema pun sama, selesema teruk..

Tiba-tiba je jadi demam, then kaklong bagi la deno ubat batuk dan ubat demam. Deno telan la jugak sebab tak tahan batuk, kaklong cakap tak mengantuk ubat tu, jadi deno tak risau la.. Deno tak suka ubat yang boleh buat kita ngantuk nih :p

Lepas 15 minit telan ubat, rasa berat kepala. Mata tak dapat nak celik terus "pengsan"!


Ya allah sampai tertinggal buat CAPD! Deno dah dengar anak buah kejut tapi tak dapat nak celik, kepala berat gila-gila... Macam dapat ubat tidur.. Bayangkan deno tidur hampir 6 jam! Ish ish is...... Hari ni, ubat tambahan selepas ubat harian hanyalah  ubat demam. Dah taknak ubat batuk tu.. Eiiii taknak deno jadi macam tu lagi.... Batuk pun deno ambil Strepsiles je :)


p/s: hari ni batuk dan kurang, selesema pula menyerang.. habis satu kotak tisu! hihihik :p


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN

$
0
0

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Bersantai Bersama Bloggers

$
0
0
Last sunday, deno bertemu rakan-rakan blogger di Paddington House of Pancake di The Curve. Sebenarnya dah agak lama plan dengan kak ainim, baru sekarang berkesempatan. Deno bersama kakak deno, kakhanna. Kakhanna jadi peneman deno.. Heheh..

Pukul 10.30pagi, deno berjumpa juga dengan mereka yang selama ni hanya kenal melalui alam maya... Deno bertemu dengan blogger Ainim Suju, Sally Samsaiman dan Aisya Ahamad


Mula-mula sampai sangat nervous. Maklum sahaja first time jumpa. Tapi dengan kemesraan Kak Ainim, Sally dan Aisya, terus hilang nervous deno :) Tak sangka, Aisya sama umur je dengan deno. Paling muda di antara kami ialah Sally ^^ Banyak yang kami bualkankan, walaupun baru 1st time kami jumpa, dah rasa macam lama kenal! Inilah penangan blogger^^










Dari satu topik ke satu topik kami berbual. Paling yang menggelikan hati bila bercakap tentang kaksenduk yang kelakar. Sampai kak hanna pun ketawa sama, hihihi ^^ Hmm.. Sebenarnya deno nak stay lebih lama tapi terpaksa minta diri lebih awal sebab deno perlu buat CAPD pula.. Kenangan yang takkan dilupakan :)


p/s: insyaallah nex time jumpa lagi ^^



Viewing all 1642 articles
Browse latest View live