Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Ambil Dialisate CAPD Awal Pagi

$
0
0
Abah! Dah 4am!

Kejut abah awal-awal pagi... Nak ambil air dialisate CAPD yang kakngah "pos" dari Terengganu! Deno dah kira siap-siap sebelum datang KL last week.. Total kotak ubat yang bakal tiba nanti ialah 5 kotak^^

stok dialisate di rumah Terengganu

Macam ni la deno, holiday pun mesti buat CAPD.. Kalau holiday sebulan pun, mesti ada orang di Terengganu yang tolong poskan setiap minggu. Empat hari lepas kakngah dah pos sekotak tru flight. Berat tau satu kotak, deno pun tak boleh angkat. Biasanya abah la yang tolong, sian abah.....


p/s: 5 kotak untuk 7 hari



Design Terbaru

$
0
0

Deno berazam nak improvekan lagi lukisan... Lukisan doodle di atas ialah doodle terbaru deno (semalam baru siap) dengan cara pakaian pun baru.. Rasanya tahun 2014 ni perlu buat lebih lagi.. Insyaallah harap dapat capai azam ini :)

*masih belum pandai buat mata doodle jadi shine bright like a diamond ~


p/s: banyak dugaan awal tahun ni.. 


Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

$
0
0
Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+Sally, Follow Twitter Sally dan LikeFanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Permainan Comel

$
0
0
Anak buah beria-ia benar ajak cikcu temankan main mainan rumah kecil dia.. Ikut hati nak buat kerja tapi dia merayu dan buat muka Puss In The Boots, jadi cikcu ni ikutkan je la...

Comel pula permainan yang kecik-kecil ni.. Semua kecil! Geram sampai rasa nak masuk dalam rumah tuuuu.... hihi^^


Mula la cikcu jadi macam kanak-kanak ribena melayan anak buah bermain.. Zaman kita2 dulu mana ada semua ni, kita main masak-masak, pondok-pondok je... heeee


p/s: budak-budak sekarang special betul mainan dia... kan

Bebola Lembu Menyatukan Kami

$
0
0
Ayat Bad la ni ~


Ahaks! Sebenarnya IKEA meatball tuuu... Ini idea si Bad la ni, macam-macam! Hahaha.. Bad ni memang, memang nak kena.. Ayat entah apa-apa, geget baru tahu! Jangan mara ya Bad, nanti jadi "angrybad " kang.. hahaha :p

Ok, al-kisahnya deno hangout dengan bf di UiTM ~ Fatin, Kak azi dan Bad. Meroyan kejap, tak sangka pula dapat jumpa, sebenarnya deno tak expect dapat jumpa sebab kak azi kerja.. Tiba-tiba kak azi call nak jumpa kat IKEA, dia cuti rupanya! Apa lagi, dengan excited bersiap cepat. Sekejap je sampai sebab deno stay kat Damansara :)

fatin, bad and kak azi



Deno banyak gelak daripada makan sebab ketawa dengan diaorang ni. Geram tau suka diaorang suka buat lawak... Apa yang penting?  *bahagia* kan Bad kan :p

Diaorang ni kawan yang banyak support dan menolong dayang di UiTM.. Mereka baik sangat-sangat! Sekarang Bad berkerja sebagai salah seorangproducer di Astro, Kak Azi kerja di Maybank dan Fatin sambung belajar lebih tinggi iaitu ACCA! OMG! Tercapai juga impian fatin nak buat ACCA :)

Semoga persahabatan kita kekal selamanya walaupun kita jarang dapat jumpa.. ^^ 


p/s: till we meet again bestie :)


Bila Papa Skodeng

$
0
0
Anak buah, dia tidur lewat petang jadi dia bangun pun dah lewat tadi. Dah bangun, tapi nak pergi mandi dah setengah jam tapi masih tak mandi jugak. Berguling baring kat cikcu ni haaaa....

Puas geletek susah betul nak pergi mandi.. Tiba-tiba papa dia mesej. Deno pun tunjuk mesej tu dia, terus dia naik atas mandi! Pantas betul pergi mandi!

dah siap mandi sebab baca mesej papa

 Al-kisahnya papa tahu sebab papa skodeng melalui cctv dari JB.. Hahahaha...

Sekarang Amca tak boleh degil-degil atau buat nakal sebab papa dapat tengok kat JB sana.. Yang deno nak tergelak tu, punya la susah dia nak mandi tapi bila dia tahu papa tengok dia belum mandi, sepantas kilat dia pergi mandi.

Amca ni dah pandai membaca, mula tu dia tak percaya papa nampak dia. Bila dia baca mesej papa pada cikcu, terus bangun naik atas mandi... Hahaha... Dia ingat orang jauh tak dapat tengok cctv, sekali papa pun nampak ... hahahahaha.. :p


p/s: bila papa skodeng


Ini Kan Pagi

$
0
0
Akibat tidur petang.. Mula dia confuse


Tadi kan, lepas dia mandi dia pelik kenapa kena pakai baju tidur

"cikcu kenapa tak pakai baju pagi, kenapa baju tidur.. ni kan pagi"

Haaaaa dia ingat dia bangun subuh.. Yang cikcu duk geletek cakap-cakap dengan dia agaknya tadi dia ingat dah subuh.. Hahah... ^_^


p/s: macam-macam Amca nih :p


Dapat Baucer

$
0
0
Yeay! Dapat baucer ^^


Rezeki dari kaklong!

Emmm agak-agak nak beli apa ek dengan baucer ni kat AEON, nanti boleh la topup sket.. Hmm, nak ke sana mesti waktu kerja, baru la orang tak ramai macam sardin kan.. heheh :p


p/s: rezeki dari kaklong


Salam...

$
0
0
Belum terlewat deno nak ucapkan ~





p/s: salam dari dneo dan keluarga ~

Jangan

Kangkung

$
0
0
"Lenggang.. lenggang... lenggang lenggang kangkung..."

Sehari dua ni di wall facebook penuh dengan cerita kangkung, blog pun sama. Di mana-mana ada cerita kangkung. 

Ada yang azam tahun baru nak makan kangkung setiap hari, ada yang nak tanam kankung belakang rumah, ada yang nak buat sandwich guna kangkung, pendek kata semua berkenaan kangkung! Mulanya deno agak hairan tak lama lepas tu barulah tahu kenapa... Ianya berkenaan speech PM kita kan? hihihi...

Kangkung dah jadi fenomena sekarang. Deno rasa dalam Maharajalawak Mega hari jumaat ini mesti ada lawak berkaitan kangkung juga kan? hihi^^


p/s: dalam banyak-banyak sayur deno tak makan kangkung ;p


Less Is Much More

$
0
0
selfie.. hehe :p
This is me.

Deno suka simple, tak pernah nak cuba makeup sebab tak minat. Deno sejak dulu tak suka makeup, liptip lagi la jauh nak pakai.. Kalau nak keluar just tonyoh-tonyoh bedak sikit kat muka then pakai lipbulm sebab bibir deno memang kering.

Pakaian pun sama. Yes i'm a girl but not too feminin. Skirt tak pernah pakai, lebih prefer jeans, t-shirt dan cardigan. Baju kurung biasanya waktu kelas, kenduri dan semasa hari raya. Gelang? Err paling tak suka pakai hiasan badan seperti gelang dan cincin. Satu saja yang ada pada pergelangan tangan bila keluar iaitu jam :p 

Tudung? Deno palinggggggg suka tudung bawal (tudung segi empat tuuuu). Dulu, kini dan selamanya i love tudung bawal! Walaupun dah banyak jenis tudung keluar, siap ada jenama artis uollss... Tapi i'm not interested with it. Deno hanya selesa tudung bawal, pernah juga cuba selendang panjang tapi..... Tak kena dengan deno, nak tudung bawal jugak.. hehehe... Kasut pula i love wearing sporty shoes ^_^

Ada orang cakap deno ketinggalan zaman, not up to date, not feminin... Tapi deno ada alasan deno yang tersendiri...

Why? Coz for me

Less is much more :)


Kek Dulu-Dulu

$
0
0
Balik ke Damansara, singgah kedai kek dekat dengan rumah kaklong.. Dah lama tak makan kek biasa macam zaman budak-budak dulu...  Teringin sangat, jadi singgah kedai kek jap^^


Kek macam dulu-dulu... Kek yang deno beli ni murah je, RM1.50 setiap keping. Murah kan? Beli empat perisa iaitu pandan, oren, vanila dan coklat :)

Teksturnya lembut dan rasanya super sedap! Bila makan, terkenang zaman kanak-kanak dulu waktu makan kek macam ni. Dulu-dulu mana ada Secret Recipe, kek macam ni la yang my mum belikan bila teringin makan kek berkrim :)


p/s: bila makan kek ni, teringat zaman kanak-kanak :)


1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

$
0
0
Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Anak Buah Baru

$
0
0
Sekarang deno ada tambahan "anak buah"...

bersantai selepas main

Bukan 2 orang je sekarang ni, tapi 5 orang "anak buah" 

Dah jadi macam anak buah sendiri, Adam, Hariz dan Nia... Diaorang anak kepada bestfriend kaklong, kaklong tu pula rumahnya betul-betul depan rumah kaklong (bertentangan), jadi hari-hari la budak-budak ni datang main sini...

Deno pun diaorang panggil cikcu.. Hihik^^ Seronok juga, bertambah budak-budak..... ^_^


p/s: baru balik rumah budak-budak tu.. itu pun abangpuyus call.. haha :p



Angin Kencang Laut Bergelora Berterusan Sehingga Isnin

$
0
0
Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori ketiga yang melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman Pantai Barat dan Kudat di Sabah, Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin depan. 

-gambar hiasan-

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak melebihi 5.5 meter itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk perkhidmatan feri.
Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua yang melanda perairan Sandakan di Sabah juga akan berterusan sehingga Isnin depan dengan keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 hingga 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5m. 
Keadaan juga juga ]bahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. Angin kencang dan laut bergelora tahap kategori pertama juga akan berterusan sehingga Isnin di kawasan perairan Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah dengan kelajuan angin 40 dan 50 km/jam serta ombak mencapai ketinggian 3.5m.
Sumber

...............................................................................................


#musim-musim hujan sekarang perlu jauhi pantai.. sangat-sangat bahaya lebih-lebih lagi dengan angin kencang.... biasanya deno takkan ke pantai kalau musim hujan, memang abah larang sangat-sangat

p/s : macam mana keadaan ganu  kita ya... dah 2 minggu deno tak balik.. huhu

Suka Menolong

$
0
0
Anak buah, Amir Amsyar suka sangat cuci pinggan mangkuk. Pantang sinki ada isi, mesti dia bising kemudian terus cuci..  Mujurlah sinki tak tinggi sangat...



Amir Amsyar akak Amca suka menolong di dapur.. Cakap saja apa yang berkaitan kat dapur mesti nak tolong. Contoh kalau kita tengah masak kan, dia busy la nak tolong kacaukan lauk tu. Nak tolong letak rencah ke.. Nak tolong potong sayur la, nak tolong buat tu, buat ni... Ada minat dalam bidang memasak.

Katakan kita tak bagi tolong, mesti nak nangis. Jadi kalau apa-apa dia nak buat bagi je buat cuma kena perhatikan supaya dia tak cederakan diri.. 


p/s: Amca baru masuk darjah 1 tahun ni ^^


Tomyam Ringkas

$
0
0
Malam ini dinner dengan tomyam ringkas


Buat simple sahaja.. Beberapa jenis sayur serta beberapa ekor udang. 

Tomyam bersama nasi lembut panas.. Nasi panas, "siram" pula dengan kuah tomyam masam-masam pedas. Nasi tenggelam dalam lautan tomyam.. Sekali sekali makan nasi lembut dengan kuah tomyam banjir, sedap juga walaupun ringkas je tomyam tu^^


p/s: tomyam ringkas :)


Bersantai Di MPH

$
0
0
Hari cuti hujung minggu macam ni, memang bosan kalau takde aktiviti.. Semalamkan cuti so temankan my sis, Dayang Hanna jumpa her besties. Sementara tunggu kakhanna, deno dan anak buah (Sarah) bersantai di MPH baca buku ~



Pilih beberapa buku, duduk di satu sudut dan kami membaca..

Deno suka pergi MPH sebab ada banyak buku kegemaran deno, di Terengganu sangat kurang buku-buku yang menarik seperti di MPH. Rambang mata, geram semua buku-buku kat situ.. Biasanya kalau deno pergi KL, MPH adalah destinasi utama bila ke Midvalley..

Mungkin ramai tak tahu salah satu hobi deno ialah membaca :)


p/s: hoyeah! deno stay lebih lama kat sini .. bulan depan baru balik ganu.. hehe :)


Trip Dialisate Kali Kedua

$
0
0
Deno continue stay sini sampai bulan depan... hihi,  awal bulan depan baru balik Terengganu!^^ Stok dialisate CAPD dah berkurang, jadi semalam dah report kat abah. Kira hari dan berapa bag air ubat tu, then abah poskan kotak ubat tru bas :)

Total air dialisate abah pos ialah 46 bag bersamaan 8kotak iaitu 92kg dialisate !!! Cukup-cukup sehingga awal bulan dua bekalan CAPD :)

Photo: di mana saja dayang berada, di situ ada bekalan dialisate ~

Ini kali kedua bekalan ubat dipos menggunakan bas^^ Sampai dah kenal dengan abang bas SANI tu, abangdin. Dia baik sangat, senang berurusan. Sebelum bas sampai dia dah call awal-awal supaya kaklong dan abanglong dapat tunggu di bus station.

Macam ni la deno, pergi mana-mana mesti bawa bekalan dialisate ni... :)


p/s: CAPD dibuat 4 kali setiap hari.. diulang setiap hari...! dah nak masuk 14 tahun buat CAPD :p


Viewing all 1642 articles
Browse latest View live