Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Alhamdulillah

$
0
0
Alhamdulillah :)


Last week kena amik antibiotics sebab ada infection sikit.. Tadi jumpa nurse, tiub tenchkoff dialisis dah okey, nurse tekan2 pun takde rasa sakit apa dah... Ubat antibiotics cloxa tu pun tak perlu continue dah :) Yeay! Risau juga, taknak la kena masuk wad ke apa... Tak suka wad! Alhamdulillah lega sangat2 ok dah^^

Ubat2 harian yang lain macam biasa, tak boleh tinggal... mana boleh tak makan ubat, nanti tak boleh bangun sebab satu badan joint pain huhu... tahu2 ajelah Lupus dan joint pain tak dapat dipisahkan! Anyway thanks kawan2 yang selalu support dayangdeno! ^^



I-Robot

$
0
0

Entah kenapa la tangan ni gatal sangat.. Tak boleh duk diam, amik pic diri sendiri conteng. Sebelum ni dayangdeno pernah conteng pic sendiri, ala2 robot juga.. Ini kali kedua main conteng2.. Konon2 robot la ni, tak dapat jadi robot, conteng ajelah kat pic... ^_^

Agak2 nak conteng apa lagi... jadik skull pulak? Ehehe



Oh Fluffy

Wordless Wednesday : Oh Allah

Allah Tahu, Allah Kenal Kamu.. Cukup

$
0
0

Sangat tough actually for this week.. Sebab perkara kecik, sebab saya tegur silap kamu.. saya cakap baik2, takde cakap buruk pun.. kalau kamu terasa, tak bolehkah beritahu secara elok? Ini tidak, kamu besar2kan kamu cakap sy macam2, nak buat pada kamu itu ini yang tak pernah ada dalam kepala saya.... Saya tidak seteruk sehina itu nak buat orang macam tu. Saya ada agama, saya ada maruah.. Saya tahu batas2.. Walau saya hanya cari rezeki sikit2 dengan melukis, saya tak sehina itu nak buat apa yang awak cakap. Ayah ibu saya turut terasa kamu cakap macam tu, apatah lagi saya. Saya simpan semua message kamu, kamu cakap saya macam2.. Semua message yang negative pada saya. Sedih saya Allah sahaja tahu, hati saya dipijak dilenyek sesuka hati. Saya jadi demam, migraine, muntah sebab kamu cakap sy macam tu.. Ada kamu tahu? Sy diam, sebab saya taknak hal berpanjangan... Saya dah lega bila kamu dah ok.. Tapi tiba-tiba kamu serang entah apa-apa.  Tak boleh ke sabar? Pagi tadi saya memang sy niat dan plan nak hubungi kamu, sebab kamu dah ok.. Tiba-tiba saya sekali lagi kena... Teruk betul ya saya di mata kamu kak? Seminggu ni saya nangis sebab kamu... Saya call sebab nak settle, kamu block msg, call semua kamu block. Sy call kamu guna phone lain, boleh pula. Kenapa lari? Kenapa letak phone bila dengar suara saya? Dalam message boleh pula cakap macam2 pada saya? Kamu cakap... hmm biarlah saya simpan je...  Kalau saya sejahat macam kamu anggap saya tu, dah lama saya sebarkan nama kamu pada orang, tapi saya masih sabar dan diamkan. Sy  ni, letak diri sy paling bawah sebab nak settle dengan kamu, walaupun kamu message kata macam2 pada saya. Saya sabar, tapi kamu melampau. Cukup, cukuplah. Saya dah penat... Allahuakhbar tak pernah rasa sedih macam ni...

Sy ikhlas berkawan dengan kamu kak, kerna Allah Ta'ala. Tapi macam2 kamu cakap sebab ikutkan marah kamu... Ikutkan perasaan.. Saya diam sebab nak ketenangan sekejap, kamu dah cakap macam2.. Fikir negative pasal saya. Takpelah.. Ada hikmah perkara ni jadi, Allah nak saya jauhi kamu. Mata ini masih hangat, tapi takpelah... Allah tahu....

Sabarlah dayang... Sabar.. Allah tahu kamu, Allah tahu hati kamu, Allah kenal kamu dayang..  cukup.

Alhamdulillah

$
0
0

Allah wrecks friendships before they wreck you.
Alhamdulillah for the people in my life right
now and for the people that are no longer in it.


Indeed

$
0
0

Let it go

Let go of the people who hurt you.
I believe Allah wants us to be nice to people
And we also have right to do the right thing.
And as I am the owner of my own life
I know what is right for me.

Kawan

$
0
0
Pelukis : Dayang Deno

LIKE OUR PAGE : 
FB : Buasir Otak The Komik

Kawan itu bukan sesuatu yang hanya wujud bila kau rasa kau perlu saja, yang bila kau rasa kau dah tak perlu kau boleh buang macam sampah.

Hormatilah dan hargailah kawan anda sebagaimana anda mahu kawan anda menghormati dan menghargai anda.



Wordless Wednesday : Sabar

Wordless Wednesday : Keep Going

Jujur

$
0
0

Kadang-kadang .... orang suka ikutkan perasaan marah, perasaan tak puas hati, perasaan apa-apa sahajalah.. Bila terlalu ikutkan perasaan, secara tak sengaja kamu telah menonjolkan sikap sebenar kamu.. Contohnya kamu adalah orang yang disayangi ramai, orang yang sangat baik, sopan, bercakap pun lembut dan segalanya baik tentang kamu.. Tapi sebab sedikit salah faham, kamu kurang ajar dan bercakap buruk2 pada orang tanpa kamu bertanya baik2.. Di situ kamu telah tunjukkan sikap sebenar kamu... Elakkan bersikap seperti ini, jadilah orang yang benar2 jujur. Diluar diri kamu baik, di dalam hati kamu juga baik. Jadi orang yang baik2, inshaa Allah... Semua orang akan doakan yang baik2 buat kamu.


2 am

$
0
0

True.. coz waktu siang memang saya tak dapat focus untuk melukis, biasanya mesti tak dapat buat, tiada idea, artblock. Tapi ajaibnya waktu dingin pagi dapat saya buat artwork dengan tenang, idea juga banyak.. Yes, it's my favourite hour ^^

Sejuk

$
0
0
Sejuk je... Dah beberapa hari asyik rasa sejuk walaupun cuaca panas.


Sebenarnya dalam minggu ni selalu sahaja rasa sejuk. Last week migraine, muntah... Mudah sangat dapat migraine, depressed pun dapat migraine.. Bila dah migraine mula la demam datang. Hari ni rasa sejuk sahaja macam hari-hari yang lepas, sejuk sampai ke tulang. Siang berbungkus, malam berbungkus, tidur sahaja sebab tak larat. Nasib baik terjaga untuk dialisis. Tadi check suhu badan, dah naik ke 38. Demam lagi.....

Dah makan ubat... Harap-harap esok lusa tiada lagi rasa sejuk dan tak sihat. Amin.

Makin Naik

$
0
0
Makin naik pula suhu badan


Malam ni naik ke 38.4, sejuknya jangan cakaplah. Dah rasa macam musim sejuk, orang lain biasa sahaja.... Dugaan minggu ni dengan demam, tapi takdelah ke klinik atau hospital, hanya ambil paracetamol untuk kurangkan panas badan, dan rehat..

Duhai badan sila cepat sihat ya ..... 


*Sekarang musim tak sihat dengan cuaca yang tak menentu.... take care semua :)


5 Minggu

$
0
0
5 Minggu sunyi, tiada khabar dan update dari dayangdeno.. Berhabuk blog dayangdeno ni!! Fuhh penat mop sapu2 cuci2 semua, dah bersih baru boleh update dengan hati gumbira^^


Rindu sangat nak update, rinduuu! 5 minggu tinggalkan blog. Sebenarnya macam-macam peristiwa dan perkara dah berlaku dalam 5 minggu ni. Tak sabar nak share story, ada suka, ada duka.. Macam-macamlah! Sebenarnya dayangdeno baru sahaja dapat laptop ni, hari tu tertinggal di rumah kakak di kl... Sekarang baru dapat^^ Weee pasni boleh update blog puas2

**love and hugs



Kan?

$
0
0
Masjidilharam, Makkah, 27 Febuari 2016

Kadang-kadang... Allah bagi kat kita rezeki yang tak pernah kita sangka pun kita akan dapat dalam hidup ni coz ada seba-sebab tertentu yang buat kita rasa mustahil.. Tapi Allah pilih kita untuk rezeki itu... Baiknya Allah dengan kita, kan? :')



**Alhamdulillah dayangdeno dan keluarga selamat mengerjakan umrah pada 18 Febuari - 28 Febuari 2016 yang lalu.... syukur alhamdulillah :)

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Umrah Bersama Keluarga Part1

$
0
0
Alhamdulillah.. Ahamdulillah.. Tiada kata yang dapat diucapkan selain syukur pada Allah bila abah bagitau nak bawa anak bongsu abah ni menunaikan umrah... dan bila confirm deno dapat pergi, doktor pun beri greenlight, lega sangat... Allah, happy sangat! Syukur, Alhamdulillah :)

Dugaan juga sebelum bertolak ke sana.. Sebagai seorang pesakit SLE/ Lupus dan deno juga melakukan dialisis setiap hari, surat doktor sangatlah diperlukan.. Tak silap banyak juga surat yang diperlukan.. Bukan sahaja surat pengesahan sakit, surat2 untuk pelepasan air ubat dialisis yang berkotak-kotak tu, then air ubat dialisis yang perlu dibawa dalam cabin lagi.. Biasanya flight tak boleh bawa cecair lebih 500ml kan, macam deno perlu bawa 4000ml cecair ubat dialisis, dan 50ml cecair anti kuman... Sebabnya deno perlu buat dialisis di Abu Dhabi Airport waktu transit. Semua tu perlu surat, memang rumitlah sikit. Seingat deno banyak kali jugalah surat terpaksa diedit, kesian doktor.. dan berkali-kali jugalah abah pos surat ke  Kuala Lumpur.. Kes deno melibatkan semua abanglong, kaklong, doktor2, my mom, abah..... Terima kasih semua susah payah untuk dayangdeno...

Perkara ni tak boleh dibuat main-main, coz kalau surat tak complete.. deno takkan dibenarkan naik flight bersama family nanti. Tapi alhamdulillah last minute sehari sebelum bertolak, semuanya selesai :) Deno menunaikan umrah bersama abah, mama, kaklong, abanglong serta dua anak buah deno, Sarah dan Amir Amsyar. Total kami 7 sekeluarga... Dua hari sebelum bertolak, ma, abah dan deno KL dulu.. Bawa air ubat dialisis dari Terengganu. Memang betul-betul checklist supaya ubat-ubatan deno, barang-barang dialisis tak tertinggal.. Bekalan panadol ubat2 lain pun bawa, in case kan.. Passport visa semua dah settle awal2.. Excited, terharu pun ada, coz tak pernah deno sangka akan dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat ni.. Alhamdulillah..... Siblings pun semua ada waktu nak bertolak ke Abu Dhabi^^ Sedih juga nak bye2 kat kakak2 yang tak pergi.. Inshaa Allah, satu hari nanti rezeki kakngah, kak obi dan kakna pula :')

semua 8 kotak air ubat dialisis kena wrap .. total berat kotak ubat sahaja 103.5kg

ETIHAD Airlines

Deno dan family bertolak ke Abu Dhabi pada 18hb Febuari 2016, 7.20 pm :') Family deno naik ETIHAD Airlines... Hanya deno dan keluarga, kami sekeluarga tak ambil pakej sebab keadaan dayangdeno ni la... Sakit tak tentu masa, bersama air ubat dialisis yang banyak,  perlu dialisis empat kali setiap hari pula...

Sebenarnya sebelum bertolak ke sana, seminggu deno demam panas.. tapi kuasa Allah bila tiba hari nak bertolak, terus pulih demam.. Alhamdulillah :)



budak-budak ni sepatutnya duk depan.. nak jugak ngan cikcu dia hihii



Services from ETIHAD Airlines memang terbaik! Staf yang super friendly, tak lupa stewardess Sis Maria.. Dia selalu jenguk2 deno. Dia memang ditugaskan tengok-tengokkan deno dalam flight... Awal-awal dia dah dimaklumkan deno passenger yang sakit.. Kejap2 dia datang bertanya khabar deno.. Thank you sis Maria^^ Makanan dalam ETIHAD juga boleh tahan... :) Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Abu Dhabi mengambil masa 6 jam 30 minit, hampir 7jam macam tulah.. Alhamdulillah deno okey sepanjang perjalanan, family pun sama. Kami selamat tiba di Abu Dhabi Airport awal pagi waktu sana.

Setibanya di Abu Dhabi Airport, cepat2 deno dan kaklong bersama beg yang dah sekali dengan air ubat.. cari airport clinic coz deno nak buat dialisis. Maklum sahajalah dialysis treatment deno kan setiap hari heeee^^ Pusing2 juga... Akhirnya jumpa, alhamdulillah. Cepat-cepat buat dialisis, paramedic pun hairan apa la dialysis deno ni.. May be kat sana tak ramai yang buat dialysis jenis ni kan, anyway thanks kat paramedic yang berikan dayangdeno tempat untuk dialisis^^ Dah settle dialysis, barulah boleh rest. Kami transit di Abu Dhabi selama 4 jam.. Apa yang deno suka kat Abu Dhabi Airport ni kan, masuk je dalam airport dapat wifi free, laju pula tu.. Dapatlah contact family kat KL ^_^

Selfie wefie sementara tunggu flight ke Jeddah :)

mengantuk tapi masih boleh senyum lebar

budak kecik dah jetlag.. cian tido je dia kat airport


Bersambung .......


Umrah Bersama Keluarga Part2

$
0
0
Tak silap deno, masa tu suhu di Abu Dhabi 18degree..Amir Amsyar siap berdengkur lagi tidurnya, dah mula jetlag lah tu... Cian.. Kami satu family naik flight ETIHAD Airlines juga. Masa ni, memang dah rasa ngantuk sangat2, deno tidur sahaja sepanjang penerbangan.. Penerbangan ini ambil masa hanya 2 jam.

Di Jeddah Airport... Alhamdulillah, untuk pelepasan dipermudahkan Allah.. Biasanya kan pintu gerbang auto tu apa nama entah tu kan, akan berbunyi kalau ada something wrong besi ker apa2.. Biasa kat Malaysia memang akan berbunyi setiap kali deno lalu bawah tu coz besi kat my peyot ni haaa .. Tapi di Jeddah tak berbunyi langsung! Pastu waktu pegawai sana nak check air ubat dialisis juga dipermudahkan, dia hanya check satu kotak dan lihat apa kandungan kotak, baca surat sikit.. Okeh settle, approve! Alhamdulillah ^^


Sempat snap gambar toddler comel sangat2, toddler yang dah siap dengan kain ihram. Yang paling buat deno geram, dah la kecik.. comel pula tu terkedek-kedek berjalan dengan kain ihram yang hampir jatuh... So cute!!!


Satu sahajalah kecewa dengan pekerja di Jeddah Airport ni, dia tarik beg family deno dan campak ke bawah. Lantai keras kan... Deno punya beg pecah sikit, nasib baiklah beg semua dah siap2 wrap.. Mujur waktu kotak2 ubat sampai, pekerja tu tak sempat campak, air ubat kan.. Huuu matilah deno kalau air ubat pecah atau rosak, sana manalah ada air2 ubat dialisis ni uhuk2..

Kami upah dua orang pekerja di sana untuk angkat beg2 dan kotak2 air ubat letak atas troli dan dalam van. Dah settle part angkat2 barang, kemudian kena tunggu coaster van. Sebenarnya family deno ni, pegawai airport silap hantar kami kat bahagian haji. Bahagian haji ni jauh, so driver ( Uncle Khalid ) tunggu kat tempat lain.. Kaklong kena call driver untuk ambil kami sekeluarga.. Sementara menunggu, sempatlah kami sekeluarga solat subuh kat airport.


Bila coaster van sampai, fuh besarnya van! Deno bayangkan van biasa.. tiba-tiba nampak coaster van!! (korang boleh google coaster van) Coaster van ni besar, boleh memuatkan 25 orang,  tapi total kami dalam van hanya 9 orang termasuk driver, Uncle Khalid dan mutawif Farhan :)

Mutawif ini orang yang membawa jemaah umrah atau haji ke tanah suci Meka dan Madinah. Dia berperanan sebagai leader sewaktu jemaah nak lakukan tawaf, saie dan lain-lain.. Mutawif kena lead jemaah untuk melakukan ibadah umrah atau haji dengan sempurna. Mutawif juga kena bawa jemaah untuk ziarah sekitar kota Mekah dan menjaga kebajikan jemaah.... dan mutawif perlu memberi penerangan tentang tempat yang diziarahi nanti.. Itulah serba sedikit penerangan deno tentang peranan mutawif..... Mutawif Farhan bersama family deno sepanjang kami satu family di Jeddah, Madinah dan Mekah. Farhan ini muda lagi, 22 tahun, baik budi perkertinya, sopan.. Ayah ibunya berasal dari Indonesia tapi dia dilahirkan di Mekah, dia boleh berbahasa indon dan arab. Bagus kan, muda-muda dah bergelar mutawif..

Kami satu family dan mutawif Farhan akan ke Madinah. Menurut Farhan, perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 5 jam.  Selesai sarapan, kami semua bertolak ke Madinah dari Jeddah pada pukul 7 pagi, macam tulah lebih kurang waktunya... Mutawif Farhan beritahu, mungkin sempat untuk solat Jumaat di masjid Nabawi, ins shaa Allah... Selesai membaca doa, mulalah perjalanan kami ke Madinah... 


budak-budak tidur kepenatan

Sepanjang perjalanan, deno nampak banyak bukit dan  tanah gersang. Ada juga ternampak beberapa buah rumah penduduk dari kejauhan highway.. Pokok-pokok hijau sedikit sahaja.. Pemandangan Ya Allah cantik sangat, dengan langit membiru dan bukit bukau... Memang cantik. Sambil melayan perasaan, terharu juga.. Tak sangka sungguh dapat lihat semua tu.. Biasanya hanya lihat di dalam tv kan, kali ini di hadapan mata sendiri, alhamdulillah.. 

Tenggelam di dalam dunia sendiri, akhirnya deno tertidur juga. Mungkin sebab kepenatan perjalanan jauh dari Malaysia, kemudian Abu Dhabi dan Jeddah, kemudiannya perjalanan 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah badan deno dapat tahan dengan perjalanan yang paling jauh dalam hidup deno.. :) Rasanya semua tertidur kepenatan. Deno tidur dan terjaga banyak kali jugalah. Last terjaga, kami sudah selamat tiba di Madinah.. Allah! Madinah! Genyeh2 mata, senyum, kagum, gembira semua ada.. Dulu waktu sekolah, hanya dapat baca kisah nabi di Madinah, perjuangan nabi di Madinah, hanya lihat kota Madinah di dalam Jejak Rasul TV3... Dengan izin Allah, deno sendiri telah sampai di Madinah, bumi yang mengandungi jasad Rasulullah SAW ini.... Alhamdulillah :')




Beberapa minit sebelum tiba di hotel, sudah kelihatan orang ramai yang berjalan kaki berpusu-pusu ke masjid untuk solat Jumaat.. dan apabila tiba di hotel, azan berkumandang.. Check-in, settle semua urusan barang2, masuk bilik, cepat2 family nak bersiap ke masjid... Tapiiiiiiiiiii... Dayang Deno kena buat dialisis dulu sebab dah lewat, dialysis treatment tak boleh tinggal, nanti beri kesan pada kesihatan pula. Jadi, deno dan ma hanya solat di bilik hotel. Nak buat macam mana kan, deno tak macam orang lain... perlu dialysis setiap hari.

Takpe, masjid kan dekat^^


Bersambung.........


xxxxx



Drawing For World Kidney Day HSNZ

$
0
0
Kisah last two weeks...

My doctor minta tolong untuk buatkan drawing sempena World Kidney Day... Drawing untuk kanak-kanak bagi pertandingan mewarna. Mula-mulanya risau juga, coz deno tak tahu sangat nak buat untuk budak-budak mewarna.. Takut susah kanak-kanak nak warna.. Then amik stylus, terus cuba lukis..


Ada dalam sejam, terus siap! Spontan sahaja, takde plan apa-apa pun actually.. Bila dah siap, terus whatsapp doctor gambar drawing. Alhamdulillah doctr suka! Cuma doctor nak ubah bahasa melayu dan letak gambar kidney sikit.. 

Deno edit2, tambah drawing sikit.. Settle dan inilah hasilnya!


Alhamdulillah, doctor dan kawan-kawan doctor approved! Terus email pada doctor dan juga nurse^^ Dua hari lepas, deno join juga event tu atas jemputan doctor. Doctor nak deno jadi juri.. Heee segan juga tak pernah jadi juri...Tapi bila tengok budak-budak ni kaler kan, rasa hepi je coz dapat hepikan budak-budak tadika tadika dengan drawing tuu:)

Terima kasih doctor percayakan dayang^^


*Love and hugs




Viewing all 1642 articles
Browse latest View live