Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Segmen Tambah Follower Instagram


Opss!

$
0
0
Opsss!

Kenapa tiba-tiba tangan "berjarum" ni? 

pic fresh lagi ni huhuu

Baru je cakap pasal cucuk2 dua lepas kan, tiba-tiba nah amik tangan kena pasang branula lagi... Nasib baik blue brnula, doctr faham2 je urat2 tangan dayangdeno ni halusss

Alkisah deno dapat migrain teruk.. Teruk sampai muntah-muntah, banyak pulak tu muntah.. Sakit gila-gila kepala rasa macam nak hantuk kat wall je.. Bila dah teruk kaklong risau  deno pernah kejang sebab headache masa Lupus flare teruk dulu, terus ICU.. Terus pergi hospital tak tunggu2 dah, pergi emergency. Doctor terkejut, blood pressure pun naik tinggi giler.. Kena la tahan sat uhuhu... Dah lama tak kena migran teruk macam ni...

Sekarang alhamdulillah.. deno dah makin sihat.. Tq semua doakan deno semalam :)

Buasir Otak: The Komik - Reloaded & Revolution

$
0
0
Yeay! BOTK returns!! Excited!

Seronoknyaaa! My drawing dan kawan-kawan bergabung lagi seperti 1st BOTK last year^^ Okeh jom luangkan masa sekejap dengan entri ni.. Credit to Pura Nubhan :)

.....................

Setelah kejayaan kami menerbitkan buku Buasir Otak: The Komik yang pertama, kini terbit pula bukan 1 tapi 2 buku komik yang baru daripada kami iaitu Buasir Otak: The Komik [RELOADED] dan Buasir Otak: The Komik [REVOLUTION]!


Untuk kedua2 komik indie yang baru ini kami menghimpunkan 33 pengkarya yang terdiri daripada blogger, pelukis komik indie dan amatur di dunia maya iaitu Aika, Amna Shark, Anhaz, Ankel Jonni, Art Syah, Aujinz, Ayuni Rafilah, Az, Bandido, Budoxe Lee, cEro, Dayang Deno, Endman3010, Imanina Shin, Irfan Hilal Kawa, Manbia, Nazirul, Nazrul Ali, Nine Redial, Nuruddin, Plain83, Prince of Noob, Pyromania, Remy, Renjer, Rizal PaperBag Head, Silver Fox, Syue Artz, Tengku Puteri, Xua Xragonz, Yura Yu dan Zyraroxx.





Kedua2 buku komik setebal 184 mukasurat ini mengandungi cerita2 yang telah disusun mengikut 10 kategori utama iaitu Persahabatan, Cinta, Kekeluargaan, Keagamaan, dan Kerjaya & Ekonomi dalam buku Buasir Otak: The Komik [RELOADED] serta Pendidikan & Kesihatan, Sains & Teknologi, Hiburan & Sukan, Kemasyarakat dan Politik & Sosial seperti mana topik2 yang selalu disentuh dalam blog Buasir Otak sendiri.


Berikut adalah preview 1 komik bagi setiap kategori:

BUASIR OTAK: THE KOMIK [RELOADED]

PERSAHABATAN

PERCINTAAN

KEKELUARGAAN

KEAGAMAAN

KERJAYA & EKONOMI

BUASIR OTAK: THE KOMIK [REVOLUTION]

PENDIDIKAN & KESIHATAN

SAINS & TEKNOLOGI

HIBURAN & SUKAN

KEMASYARAKATAN

POLITIK & SOSIAL

HARGA:

 Pakej buku RELOADED dan REVOLUTION
= RM30


* Bagi yang mahu membeli buku Buasir Otak: The Komik yang PERTAMA dulu, boleh membeli dengan harga RM15 namun kuantiti SANGAT TERHAD


KAEDAH PENGHANTARAN:

KADAR POS LAJU (Semenanjung):
 1 - 2 buku: RM6.50
3 - 4 buku: RM10
5 - 8 buku: RM14
9 - 20 buku: RM22


KADAR POS LAJU (Sabah/Sarawak):
 1 - 2 buku: RM10.50
3 - 4 buku: RM16
5 - 8 buku: RM27
9 - 20 buku: RM59

KADAR POS EKSPRESS (Semenanjung/Sabah/Sarawak):
 1 buku: RM4
2 buku: RM6
3 - 4 buku: RM7


COD: 
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.


Memandangkan buku ini dicetak dan diterbit sendiri secara indie, maka
STOK ADALAH TERHAD
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!


Untuk membeli hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com


Atau PM di Facebook Prince of Noob di:


Dah Dapat!

$
0
0
Yeay dah dapat!


BOTK : Buasir Otak The Komik.... Komik kolaborasi 33 orang pengkarya terdiri daripada blogger, pelukis komik indie dan amatur di dunia maya.. dan Dayang Deno salah seorang di dalam 33 pengkarya tersebut weeee....

Jom baca lebih lanjut mengenai Buasir Otak : The Komik :

-->> KLIK<<-- p="">



-->

Berlego

$
0
0

Petang2 berlego...

CUti macma ni berkumpul anak-anak buat.. Suka sangat main lego, macam-maam jenis lego ada.. Terbaru lego Star Wars, siap boleh tembak bagai. Makcik ni pulak kejakunan, siap nak main sekali ahahaha...

Zaman kite kecik2 dulu mana ada lego2 ni, kalau tak main luar, duk dalam rumah baca buku atau melukis huhuuu

Nak Semua Boleh?

$
0
0
Sangat heaven bila pergi Art Friend


Korang yang nak mula kenal2 art, nak beli barang art boleh ke Art Friend^^ Banyak kali deno pergi Art Friend pun, tak bosan.. I love da smell.. smell of "art"^^ Hahaa entah tak tau kenapa suka bau kedai art, bau kertas2, sketch book, kayu2, canvas, watercolor etc...

Kadang2 just "cuci mata", boleh duk lama2 tengok art tools.. Dalam hati geram, nak semua boleh?  Maklum sahaja boleh tahan nak pengsan harga art tools, so beli sikit2 je heee... Biasanya bila jadi lone ranger, Art Friend memang wajib deno singgah :p


Termenung Panjang

$
0
0
Alkisah last week dating bersama my sister, kakna.


Jalan jalan jalan, dah penat tentulah lapar nak makan. So, kitaorg stop la satu restoran ni, nama restoran Sepinggan^^ Unik kan, ingatkan makan sepinggan je hehe...

Dilema, nak makan or tak makan bila tengok menu. Sebabnya nampak banyak, rasa takut nak order. Maklum sahaja Dayang Deno makannya seciput risau tak habis. Honestly rasa macam taknak order coz takut. Tapi, my sister lagi takut adik dia kelaparan ... Terus kakna order....

Mak aiiii... Bila sampai makanan, termenung panjang nengoknyaa... aduyaiii banyaknyaa



Drink and Doodle With Riharu

$
0
0
Incik Riharu san, ini budak osem okeh ^^

Spontan je plan nak jumpa


Last week I met him. Orangnya very nice person and sangat humble even bakatnya sangat osemmm! Act baru juga kenal Riharu from @doodlemalaysia, but you know what bila dengan art people ni, rasa awkward cepat hilang and last2 berbual macam dah kenal lama even mula2 jumpa segan tau. and... sorry Riharu I force you to doodle on my sketch book! Ahahaha *gelak kejam! Kagum dengan bakat Riharu. Banyak juga kami berbual mengenai art^^

If korang tengok artwork dan design from Riharu, mak aiii, termenung lama jugak how la dia boleh buat digital paint lawa gila macam tu.. Gerammm sebab cantik! Dayang Deno tahu kaco dodol je, eh silap doodle heee.. 

Oh ya, Riharu ada juga ambil tempahan design tau. Korang boleh lihat ig dia : @riharuharun

Deno pun geram sebab cantik sangat! Riharu ni terer digital painting, maybe korang berminat nak buat digital potrait ker, or apa2 je design korang boleh contact incik Riharu yer :)


x x x x x x x x


Thank you Riharu for supporting :)



Buku Mewarna Bunga Dan Monster : Complete

$
0
0
Dah complete yeay!

Act dah siap last month tak silap, baru berkesempatan nak update dan share dengan korang hasilnya bila deno dah siap kaler satu buku.. Sebelum ni deno pernah update mengenai Buku Mewarna Bunga Dan Monster daripada Rizal_Paperbaghead kan. Kalau lupa boleh klik --->> SINI

Boleh dikatakan bertabah jugalah nak siap warna satu buku coz artwork detail kan.. Deno warna sikit2, lama2 siap! Seronok adult coloring book ni tau, its no age limit nak warna.. Siapa kata adult tak boleh kaler2? Dushhhh

Okeh inilah hasilnyaaaa :)

COVER

Okeh ini page2 dalam buku ni yang deno siap warna 
(KLIK GAMBAR)


PAGE 1

PAGE 2

PAGE 3

PAGE 4

PAGE 5

PAGE 6

PAGE 7

PAGE 8

PAGE 9

PAGE 10


Deno menggunakan Pensil Warna LUNA Staedler. Deno suka guna pensil warna LUNA sebab dia senang nak blend antara warna even tak guna air pun. Warna pun nice!!!^^ Tapi korang pun boleh guna warna lain, depend on masing2 selesa guna warna jenis apa kan^^

Boleh dapatkan buku kaler2 ni dengan Rizal_paperbaghead :)

Contact :
Ig :Rizal_paperbaghead
Fb : Rizal Paperbag Head

Random Giveaway RM100 Follower HASRULHASSAN.COM

$
0
0
HASRULHASSAN Random Giveaway RM100 Follower
Klik banner di atas

Deno ternampak di facebook Mr. HH buat satu giveaway! Tak silap malam semalam nampak nampak, baru ingat nak join hari ni.. Weee masih sempat coz tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 November 2015.

Act deno masih berusaha nak maintain update blog setiap hari sejak jadi full time doodler.. Huuu sian blog, Inshaa Allah akan cuba maintain seperti Mr. HH ^^


Okeh.. Mengapa saya follow dan ikuti perkembangan blog mr. HH

Ianya kerna blog Mr. HH penuh dengan informasi mengenai blog. Boleh saya katakan complete, menjadi tempat rujukan saya untuk buat sesuatu dalam blog dan juga terdapat banyak informasi umum. Ruang komen blog dayangdeno ini pun, saya dapat ilmu daripada blog Mr. HH. Pendek kata blog Mr. HH memang padat dengan informasi tentang blog dan bagus untuk semua, honestly memang banyak membantu. Bukan untuk blogger sahaja, bukan blogger pun sy pasti ramai yang follow blog Mr. HH kerna informasinya^^ Buat Mr. HH, congrats Mr. HH berjaya dah capai 15juta pageviews (hits) !! :D



Grrr

$
0
0


Kadang-kadang bukan taknak tidur awal, but dah tahu sejak dulu lagi biasanya kalau tidur awal pun, pastu mesti dikejut bangun untuk dialisis, pastu mesti tak boleh tidur dah.. Mesti mata keras. Fluffy pun geram tau

So, paham-paham ajelah.... uhuhuu

Apakah CAPD? Klik --->>  C.A.P.D


**kalau dayangdeno tidur awal abah akan hairan, biasa macam tu bila dayangdeno keletihan melampau, tak sihat, sakit atau admitted kat hospital.. itulah time tidur awal


Giveaway Disember 2015 Cash RM500

Pizza?

$
0
0
Dah lama kan dayang deno tak share commission

Tempahan doodle hijab girl with pizza. This doodle for her business, its been awhile dayang deno tak lukis macam ni. Focus more to doodle art client.. Korang boleh tengok contoh doodle art di SINI . But, deno still buat tempahan doodle kartun2 macam ni. Kalau ada nak buat tempahan, just contact deno ya

To Siti, thank you percayakan saya untuk buatkan doodle untuk awak :)


Contact :
Instagram : @dayangdeno
Fb : dayangdeno
Fb page : dayangdeno.com
ARt page : Dyaang Deno Art


Truly Friend

$
0
0

I miss her, so much. 

She is my truly friend, bestfriend, sahabat, dulu, sekarang dan sampai bila-bila :') Pernah dayang deno cerita mengenai dia.. Followers yang folo story dayang deno mesti kenal siapa dia.. Walau jauh rasa dekat sangat. Dah 9 tahun tak jumpa, but our friendship getting strong. Rindu, jangan cakaplah... Hanya doa dapat deno kirimkan...

May Allah bless you always..I truely, deeply love you sahabatku.. Lillahi Taala


Drink and Doodle With Haziq

$
0
0
Tersebutlah kisah..**erkk dah macam cerita lama!! 

Plan dah lama nak jumpa my friend yang berbakat ni, Haziq namanya. Kenal ini orang osem di Doodict iaitu satu event doodle.. Haziq juga seorang doodler... First we met agak segan actually.. pendek kata semua deno segan bila deno jumpa kawan baru..hehehe.. But once jumpa, berbual dah macam lama kenal.. Plus he is very nice person.

Sementara dayangdeno di KL, dapatlah jumpa. Kami santai drink and doodle bersama-sama di The Curve, Mutiara Damansara.. Seronotttt! Kami bertukar doodle style^^


Tadaaaa...!!
Nampak simple artwork, almost 3 hours jugak nak siap coz detail


Lama juga kami berbual.. Mostly mengenai art.. Macam ni la bila doodler bertemu doodler, seronok bila dapat ilmu sket2 daripada Haziq.. Haziq more to abstrac punya style, and dayangdeno more to doodle flowers dan detail.. Thank you Haziq for spending time with me^^ Hopefully we will meet again, soon...

Inshaa Allah. 


Instagram : @dayangdeno
Instagram : @haziq.q


Birthday!

$
0
0
Me and my niece

Sekejap je my niece ni besar, this year dia darjah 6 dan dah dapat result pun baru-baru ni... Kami dah nampak macam kakak dan adik! Sarah Aina faham makcik dia ni sakit, dari dia kecik dia lihat deno keluar masuk hospital, icu, pegi hospital, teman deno amik ubat... macam-macam! Matang budaknya walaupun kadang2 dia pun buli cikcu dia ni haaa.. Uhuk2

To my lovely Sarah Aina... Happy birthday!!! Cikcu loves you so much!! May Allah bless you sayang... Be a good girl okey *love*heart emotic

Bersushi

$
0
0
Oh sushi....


Bersushi hari ni..Act this is request by my niece.. Tadi buat sushi sama-sama dengan my niece, orang lain birthday nak kek besar, dia nak sushi and cupcake. Simple je sushi ni, bahan kat tengah2 dia just isi crab, sosej, timun jepun dan telur.. then sapu mayonis sket..  Makan cicah ngan kicap tu je hihik.. No need Jepun punya sos tu, sedap je cicah kicap kita tuuu :p

Home made lagi best kot, sebab kita boleh letak bahan banyak2 suka hati kita kan :)


17 Tahun

$
0
0
Setiap tahun, deno takkan lupa tarikh 17 Disember sebab tarikh itulah dayang deno yang berusia 10tahun, didignose dengan SLE Lupus Nephritis Class 4.. That time Lupus sangat rare, dan deno antara patient termuda.. Masa tu jugak, jarang kanak-kanak yang mengidap Lupus... Doc beritahu dayang hanya ada 5 tahun untuk survive......


Tapi, kuasa Allah.. Tiada siapa dapat menandingi kuasa Allah.. Semalam genap 17 tahun dayang deno bersama Lupus/ SLE. Followers blog dayangdeno tentu pernah baca kisah Lupus dan deno kan.. Mungkin ada orang yang bosan dengan entri deno dan Lupus, mungkinlah... But deno takkan berhenti coz deno nak orang faham dengan Lupus, and faham how patients struggling dengan Lupus..  Yes, nak korang semua faham. Hati deno kalau orang boleh nampak, terlalu banyak luka dan parut sebab orang sekeliling.. Itulah deno pun speechless.. Sekarang deno dah biasa... Just pujuk diri sendiri supaya sabar..

Lupus, it's INVISIBLE.. Why it's invisible illness? Sebab memang orang tak nampak dengan mata kasar.. "Dia" bersembunyi, "dia" bermain hide and seek.. Bahaya bila Lupus aktif, "dia" boleh serang apa sahaja organ patients..Kemudian terjadilah kerosakan pada organ2 yang boleh mengakibatkan kematian.... Once SLE aktif, dah macam war, kita kena lawan Lupus

17 tahun bersama Lupus.. Hanya Allah tahu how i feel..

Sekarang, impian deno cuma nak sentiasa sihat, sihat selama-lamanya.. Takde lagi wad, takde lagi icu, seksa sangat rasanya... Just buat my daily treatment dialisis tu, jumpa doctor, makan ubat dan melukis, doodle ... Even dengan daily dialisis yang memenatkan, daily medicines.. Alhamdulillah I am blessed for having such a loving & supportive family..

Thanks to my beloved abah, ma and all my kakak : kaklong, kakngah, kakobie, kakna, abanglong, abangngah, abangfik yang sentiasa ada, yang sentiasa layan and jaga adik bongsu yang nakal sorang ni... And tak lupa thanks to all my doctors, nurses and friends yang sentiasa support DayangDeno.. May Allah bless all of you.. Lillahi Ta'ala :')

Doakan deno sihat selalu ya? Luv you supporters :')



AnisYee Beauty Shop

$
0
0

KLIK : 

Commisson from Anis.. Act agak lama deno tak melukis untuk facebook timeline cover, seronok pula melukis item2 detail untuk bisnes Anis^^ Alhamdulillah Anis suka :)

Terima kasih Anis percayakan deno :)



x x x x x x


Contact :
Instagram : @dayangdeno
Art fb : dayangdeno art
Blog fb : dayangdeno.com


Kecik

$
0
0
Bila bergambar, mesti cikcu tenggalam uhuk2... 

Sekejap je rasanya masa berlalu, dah besar pun dua2... kakak next year naik form 1, adik pula naik darjah 3.. Wahai kakak and adik, cikcu rindu kamu2 dulu masa kecik yang kulihat umpama dua ketul ulat beluncas montel melompat-lompat inginkan cikcu dukung... 

Sekarang kamu2 pula nampak cikcu macam belalang kecik, sometimes kena buli dek kamu2... hihik... Tapi nakal2 kamu cikcu sayanggg :')

Viewing all 1642 articles
Browse latest View live