Kenangan Itu
Tahun 2003
Aku merenung keras ujian Sejarah yang diberikan oleh cikgu.. Rasa sebak kembali lagi, hati aku bagai dihiris-hiris.. Terkenang peristiwa yang berlaku di sekolah tengahari tadi...
xxxxx
SMK Sultan Sulaiman
"Dayang! mari ke depan!" Cikgu memanggil aku dengan muka yang yang serius dan suara yang lantang. Satu kelas tersentak, terkejut dengan suara cikgu yang kuat. Mendengar namaku dipanggil, aku bangun dan berjalan perlahan ke meja cikgu.. Aku rasa tidak sedap hati, lebih-lebih lagi melihat renungan cikgu pada aku.. Jantung aku berdegup laju..
"Awak tengok result awak ni!"cikgu menunjukkan kertas ujian bulanan Sejarah padaku. Tercatat markah yang rendah dan aku tahu markah tersebut menunjukkan aku gagal. Namun aku tak terkejut.. itu sudah aku jangkakan kerana beberapa minggu ini, aku jarang ke sekolah kerana masalah kesihatan aku..
Aku diam.. aku hanya tunduk merenung kertas ujian aku.. Aku tidak berani memandang wajah cikgu yang merenung aku dengan renungan tajam seperti singa yang mahu menelan mangsanya!
Tiba-tiba...
"Awak ni belajar ke tak? Orang lain boleh lulus kenapa awak gagal?!"
"Awak buat apa? Kalau result macam ni, baik awak tak payah ke sekolah! Buang masa saya je ajar awak!!" Lantang suara cikgu memarahi aku..
Aku tergamam. Aku rasakan seperti ada batu besar memhempap atas kepalaku.. Aku tak sangka aku akan diherdik sebegitu rupa di hadapan rakan-rakan sekelasku.. Aku tunduk, mataku terasa hangat namun aku tabahkan hati supaya tidak menangis di hadapan cikgu dan rakan-rakan..
"Sudah! Pergi duduk tempat awak!"
Aku berjalan perlahan ke arah meja.. langkahku rasa lemah sekali.... Aku duduk.. mengetap bibir.. menahan air mata.. Namun ada juga titis jernih mengalir perlahan di pipiku...
"Awak okey...?" tiba-tiba rakan karib di sebelahku menegurkan..
"Saya okey.. tak apa.. terima kasih.." aku tersenyum tawar
....................
Loceng waktu rehat telah berbunyi.. semua rakan-rakan keluar mengisi perut lapar.. aku...?Aku keluar dan berlari ke hujung bangunan kelas... di tempat yang tiada pelajar..
Aku duduk di satu sudut.. Terngiang-ngiang kata-kata cikgu pada aku.. Aku rasa terhina..Tak pernah aku rasa sebegini! Air mata yang aku tahan-tahan sejak tadi akhirnya mengalir laju membasahi pipiku.. Ya allah, aku sangat sedih!
"Dayang......." tiba-tiba ada satu suara yang aku kenal menegur aku dari belakang...
aku menoleh ke belakang.. rupa-rupanya adzian ada mengekori aku..
"Kenapa ni dayang... awak fikir pasal tadi lagi?" adzian bertanya kepadaku
"Awak........" aku mengetap bibir menahan tangisku.....
"Saya ni bodoh ke? Teruk sangatkah saya? Tak layakkah saya belajar?!" Esakku makin kuat.. bertalu-talu soalan yang bermain diminda aku, aku luahkan pada sahabat karibku itu..
"Dayang.... kenapa cakap macam tu....? Awak tak bodoh... kalau awak bodoh, kenapa dulu masa UPSR awak dapat 5A? kalau awak bodoh, kenapa awak dapat belajar di sini? Tak baik awak cakap macam tu...." adzian membantah kata-kataku..
"Habis tu.. kenapa cikgu sanggup kata saya macam tu? Tak bolehkah cikgu cakap baik-baik dengan saya? Saya ditengking di depan kawan-kawan... Tak pernah saya rasa terhina macam ni... Kenapa orang susah nak faham? Bukan saya tak mahu belajar! bukan saya malas... saya... saya...." aku kehilangan kata-kata.. aku rasa sangat sebak apabila ingat kembali kata-kata cikgu
" Awak..... mungkin cikgu terlalu marah tadi... Saya tahu, awak banyak sakit beberapa minggu ni, awak pun banyak tak datang ke sekolah sebab sakit kan...? Sebab tu awak tak dapat nak beri perhatian penuh dalam pelajaran, awak sabar ya..." tambah adzian sambil menghulurkan beberapa helai tisu kepada aku..
"Dah la... jangan menangis.. jangan fikirkan sangat hal tadi, nanti awak stress pula.. Kalau awak stress lagilah susah, nanti tak pasal-pasal awak sakit... risau saya nanti! " adzian menasihati aku.
"Dayang.. awak jangan bimbang saya ada... baiklah! saya sebagai bestfriend forever awak berjanji dan berikrar akan sentiasa menyokong dan menyayangi awak sampai bila-bila! Percayalah!" Adzian tiba-tiba memberi tabik hormat yang lagaknya seperti seorang inspektor polis!
Dalam tangis, aku tergelak kecil..Hati aku sedikit terubat dengan nasihat dan gelagat sahabat karib aku ini.. Adzian, sahabat aku sejak tingkatan1..
"Ish.. nakal la awak ni adzian..." aku tersenyum
"Haaaaa.... kan comel senyum macam tu... " lalu Adzian menghulurkan sebungkus roti padaku..
"Tak apa la awak.. saya tak lapar..." aku menolak kerana seleraku kurang sejak peristiwa di kelas tadi.
"Awak tak lapar atau...... ha! kalau awak tak makan nanti saya report pada ayahanda awak! makan ya? " Adzian memaksa aku makan.. aku tahu dia risaukan aku.. Esakku sudah makin perlahan...
"Hmmm... baiklah tuan puteri.. patik ikut sahaja..."aku mengambil bungkusan roti sambil bergurau dengannya.. aku mengikut sahaja kehendak dia.. sebenarnya aku rasa bersalah kerana menyusahkan dia dan membuat dia risau..
"Awak.. terima kasih kerana menemani saya dan faham saya.. terima kasih juga kerana menjadi sahabat saya.. saya sayang awak!" lantas aku terus memeluk adzian.. aku rasa sangat terharu mendapat seorang sahabat sepertinya...
Adzian juga memeluk aku dengan erat.. Kemudian dia meleraikan pelukan dan memandang tepat ke arahku..
"Saya juga begitu.. terima kasih awak kerana menjadi sahabat saya.. Saya sayang awak.. Kalau awak sayang saya, janganlah menangis lagi.. janjilah dengan saya yang awak akan jaga kesihatan awak dengan baik, okey?" nampak keikhlasan di raut wajahnya..
"Baiklah awak........" aku terseyum kembali....
xxxxxx
Tok tok tok!
Lamunan aku terputus dengan bunyi ketukan pintu bilik.. tanpa sedar, air mata aku mengalir..
"Adik... adik... buat apa tu... jom makan!" abah mengetuk pintu memanggil aku untuk makan..
"Ya abah!!! sekejap! nanti deno keluar! " aku membalas dari dalam bilik... cepat-cepat kusapu sisa titis jernih di pipiku
Dalam kesedihanku, aku tersenyum.. aku bersyukur, aku mempunyai sahabat sebaik dia...