Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all 1642 articles
Browse latest View live

Selepas Sebulan...

$
0
0
Selepas sebulan bercuti di rumah tok abah (my abah), akhirnya petang tadi anak-anak buah dapat bermain dengan gembira di laman rumah tok abah! Hari ni ada matahari!!!

"horeyyy!!!"

Menjerit-jerit kanak-kanak ribena tiga orang ni bila petang pun tak hujan, diaorang dibenarkan beriadah di luar! Kemain seronok menjerit-jerit berlari di luar rumah! Maklum la sebulan beriadah dalam rumah je sebab musim hujan.... Amboi enjoy budak-budak ni tadi ^_^


Punyalah enjoy main sampai dekat pukul 7petang baru nak masuk.. Memang puaskan nafsu bermain kat luar rumah la tu... Kesian jugak budak-budak ni biasa kalau balik Terengganu tok abah bawak main layang-layang, buat istana pasir kat Pantai Batu Burok, tapi bila musim hujan ni aktiviti biasa cuti sekolah terpaksa dibatalkan...

Pecah rekod diaorang hari ni tidur awal.. Penat la tuuu.... Eekekek :p


p/s: hari ni cerah... tapi bimbang juga ada warning gelombang akan datang.....



Anda Tahu Jawapannya

$
0
0


Setiap perkara yang berlaku kepada kita ada hikmah di sebaliknya ..


p/s: muhasabah diri ....



Makan Lewat Malam Tapi Menyihatkan

$
0
0
Bila berjaga sampai lewat malam mesti terasa lapar kan? Bila dah lapar pula, mesti la nak makan sikit kan.. Sebenarnya boleh makan lewat malam, tapi mestilah makanan yang bersesuai dengan waktunya :)

Macam deno kalau lapar lewat malam ni, deno suka makan oat.. Buat dalam semangkuk kecil pun dah okey... Kadang-kadang roti sekeping bersama milo.. Kenyang dah ^^

Okeh sebenarnya deno nak kongsi dengan korang makanan yang sihat untuk lewat malam! 

1- Buah-buahan segar
Contohnya epal.. oren.. Boleh dimakan macam biasa atau boleh dibuat jus! Ianya buah yang segar dan boleh melancarkan sistem penghadaman

2- Yogurt
Yogurt boleh dimakan bersama buah... Yogurt tinggi protein tapi karbohidrat pula rendah! Yogurt pun boleh bantu kita untuk tidur lebih lena macam susu jugak^^

3- Pisang
Buah yang tinggi potassium (deno je tak boleh makan pisang... uhuk uhuk).. Pisang boleh memudahkan kita untuk tidur di samping boleh membantu merehatkan otot-otot kita.

4- Roti gandum
Roti gandum memang kaya dengan serat.. Seeloknya kalau lapar tengah malam tu, buatlah sandwich biasa sekadar menghilangkan rasa lapar. Sekeping sandwich biasa pun menyihatkan !

Apa lagi ya... Rasanya beberapa keping biskut dan milo pun okey jugak kan ^_^




p/s: elakkan makan roti canai, nasi lemak dan makanan yang berkalori tinggi untuk makanan lewat malam :)


Dugaan....

$
0
0
Semangat betul nak sambung kerja.. Dah hibernate kerja petang tadi, stop sekejap sebab nak buat CAPD.. Macam ni la saya, kejap-kejap kena rest untuk buat CAPD .. Penat betul! Hari-hari CAPD, ish3....


Malam baru sambung balik.. Semangat ni...!





Dalam kepala macam-macam nak buat
Niatnya nak siapkan sikit je lagi......





Tiba-tiba...





Hwaaaaa.....

Alahai tak sempat simpan kerja petang tadi... Apa kena la lappy kesayangan ni... Hari tu baru masuk "hospital".. Dah discaj dah.. Nak hantar "hospital" lagi, rasa malas la pulak. Banyak kerja lagi ni... 

Oh dear lappy.. please be nice to me...


p/s: habis dalam kerja PS, SAI ... dugaan... sabar deno, sabar.... =.=



Baru 5 Minit ..

$
0
0
Semalam anak buah nak sangat ke pantai.. Biasanya kalau balik Terengganu mesti ke Pantai Batu Burok, tapi bila musim hujan tak ke pantai langsung. Semalam tak hujan kat kawasan rumah deno tu... So, tok abah dan nena (my parents) bawa la ke pantai...

Cikcu pun kena paksa ikut walaupun ada banyak kerja.. Mujur la Pantai tak jauh, 15 minit dah sampai...


Ramai juga orang kat pantai.. Siap yang ada main papan luncur lagi... 

Kesian betul anak buah deno ni.. Baru je 5 minit sampai, hujan pun turun... Masam je muka diaorang, punya la excited nak main tapi hujan pula.. Itu la tok abah dah cakap ini kan musim hujan, tak dapat diramal bila hujan... Ok, pujuk pergi makan



Amboi senyum sampai ke telinga..! Nah amik 3 pinggan keropok lekor dan sepinggan cheese burger special.. Habis licin! Keropok lekor memang favourite! ^_^ Cikcu ni pun join makan sekali...... Ahaks :p


p/s: keropok lekor tak dapat dipisahkan... mueheheh

Tempahan : Simple Blog Edit & Design Si Tomato

Macam Adik-Beradik

$
0
0

Semalam birthday anak buah sulung, Sarah Aina :)

Tanya dia nak apa, Sarah Aina nak kek je.. Jadi semalam my mum pergi beli kek coklat di Kedai Kek Sweden Kuala Terengganu. Kedai yang dah lama beroperasi di Terengganu.

Walaupun dah banyak ada kedai kek baru yang tumbuh seperti cendawan, kek di Kedai Kek Sweden tetap terbaik! Teringat pula zaman kanak-kanak dulu....  :)


p/s: dah macam adik-beradik cikcu dengan aina... muehehe :p


Tips Selesa Pemakaian Mask

$
0
0
Mask? Lemas pakai mask?


Tak ada lemasnya pakai mask tu.. Kebanyakan alasan lemas, tak selesa, rimas dan sebagainya...

Sebenarnya penting mask ni, lebih-lebih kalau ke hospital yang banyak penyakit.. Ok deno nak share tips nak selesakan diri apabila kita memakai mask :)

1- pakai mask dengan cara yang betul
2- bernafas dengan tenang
3- selesakan diri dengan mask
4- jangan fikirkan tentang mask, anggap je kita tak pakai mask..
5- jangan difikirkan tentang rimas dan lemas.. buat macam biasa.. 


p/s: apa yang penting? stay cool....



15th Anniversary

$
0
0
17 Disember 2013

Hari ini genap 15 tahun deno bersama SLE :')

Alhamdulillah syukur kepada Allah , deno diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini.. Banyak dugaan yang dilalui sepanjang 15 tahun ini... 

Hmmmm.... Pejam celik pejam celik tak sangka sekejap sahaja masa berlalu, dah 15 tahun deno bersama SLE. Macam-macam deno lalui.. Blood test dan branula perkara biasa, rawatan chemo (cyclophosphamide) pernah dilalui 12 kali, HD, APD, CAPD, intubation, ryle tube, ICU dan pelbagai lagi. Mujur la deno ni kecil, bila deno sakit dan tak boleh bangun abahlah yang dukung! hihi ^_^ Sekarang deno masih melakukan rawatan CAPD, semuanya kerana SLE 

Deno rasa rindu.. Rindu dengan semua doktor dan nurse yang berjasa pada deno di WAD KK1 dulu... Dr. Lim Yan Ngo, Dr. Yap, Dr. Jazilah, Dr. Selva. Semua nurse di sana. Di HSNZ pula, deno rindukan Dr. Jimmy Lee Kok Foo, doktor yang deno anggap dah macam ayah deno sendiri, pernah deno tidur di pejabatnya kerana merajuk tak mahu masuk wad semasa darjah 5. Sangat sweet Dr. Jimmy yang faham deno, deno masa budak-budak dulu bila sebut masuk wad mesti menangis. Hihihi... Itulah zaman kanak-kanak dan remajaku, banyak habiskan masa di hospital.

Sekarang deno masih menerima rawatan di HSNZ bersama Dr. Zawawi, Dr. Zaiha dan Dr. Salmi yang sangat sporting! Doktor dah jadi bestfriend, nurse pula seperti kakak-kakak sendiri. Deno sangat bersyukur mereka semua sangat baik.. Banyak jasa mereka pada deno :')

Setiap kenangan dan pengalaman deno sepanjang 15 tahun bersama SLE sangat sukar untuk deno lupakan dan ianya akan terus kekal di dalam ingatan deno. Deno bersyukur mempunyai keluarga yang penyayang dan memahami deno. Deno harap akan terus kuat dan bersemangat dalam mengharungi kehidupan yang akan datang. Deno nak sihat, deno nak jaga ma dan abah pula. Ma dan abah dah banyak berkorban untuk deno.

"Semoga Allah memberiku peluang untuk berbakti kepada ibu dan ayahku.. Insyaallah ... Amin." 



p/s: i am SLE Lupus Nephritis Class 4.. syukur seadanya

Seniwati Azean Irdawaty Meninggal Dunia

$
0
0

Ramai yang telah mengenali beliau, Seniwati Azean Irdawaty yang sangat popular di dalam filem tempatan kita. Seperti mana yang kita semua tahu, seniwati mengidap penyakit kanser tahap empat. Menurut sumber,  arwah meninggal hari ini (17 Disember 2013)  di PPUM di sisi suami, anak-anak dan saudara....

Arwah juga adalah salah seorang pelakon yang deno minat. Pelbagai watak yang telah deno tonton dan yang paling deno tak boleh lupa ialah wataknya di dalam Filem BAGINDA pada tahun 1997 sebagai Cikgu Azian. Sama-sama kita doakan agar beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AL-FATIHAH


Bersantai Di Perpustakaan

$
0
0
Deno tak tahu pun, anak-anak buah plan sendiri.. Diaorang dah berpakat rupanya semalam, cikcu ni tak tahu menahu pun. Tiba-tiba tengahari tadi cakap nak ke perpustakaan. Deno taknak pergi sebenranya sebab penat, semalaman tak tidur buat order customer. Tapi semua duk merayu nak cikcu pergi, buat muka Puss In Boots, tak sampai hati pula...

Jadi hari ni bersantai di Perpustakaan Kuala Terengganu.. Rajin baca.. Kakak terus pilih buku, Adam Khaleef tak berapa fasih membaca lagi tengok gambar sambil cuba baca, Amir Amsyar pula dah pandai baca tapi masih ada kesilapan sikit...



Lepas sejam, dah main pulak.. Main puzzle yang dibawa dari rumah.. Terer budak-budak ni main, 15minit boleh siap.. Cikcu setengah jam pun belum siap lagi... ekekeke :p



p/s : sekejap je masa berlalu.. dah nak habis cuti sekolah budak-budak ni



Tempahan : Full Edit & Design For One Stop Vitamin

DEENO

$
0
0

Akhirnya...

Rancangan nak ada blog kedua terlaksana sebelum tahun 2014! hoyeahhh....! Deno sebenarnya dah lama plan nak buat blog kedua untuk informasi. Taknak campur dengan personal blog ni.. Personal blog just personal^^

Blog kedua pun simple macam blog www.dayangdeno.com cuma ada doodle, hiks^^ Macam biasa, I love simple! :)

Jom terjah  >>  DEENO <<


p/s: ok, jom buat lawatan ke blog kedua deno.. hiks^^



Baru Dapat!

$
0
0
Baru dapat! Hampir 2 minggu CPUV takde.. Yang lain dah credit, tinggal 1 je je berguling-guling dalam blog... Tunggu juga agak-agak bila la nak dapat yang baru.. Tengok tadi ada CPUV baru.. ^_^


CPUV : INTI International University & College

Harap-harap yang ni pun lama melekat... Ahaks^^

Nak tahu lebih lanjut mengenai INTI International Unversity & College korang boleh terus klik iklan2 yang ada ya^^


p/s: nampak universitty rindu zaman belajar.. huhu


Kembar Di Rumah

$
0
0
Bila Amsyar balik Terengganu, Adam akan menjadi "kembar" kepada Amsyar.. Mereka sangat rapat! Beza umur pun setahun je, mana tak rapat...  Ahaks^^


Walaupun sepupu, dua-dua dah rapat macam adik-beradik.. Itulah penangan sepupu kan. Sebab itulah penting adik-beradik rapat, anak-anak pun sekali rapat. Cucu-cucu pun rapat sekali dengan atuk nenek ^^ Hubungan kekeluargaan pun akrab :)

Malam ni Adam tidur kat rumah tok abah .. Esok Sarah Aina dan Amir Amsyar dah nak balik JB dah....... Sekejap je masa berlalu... :')


p/s: cuti sekolah dah nak tamat..


Belajar Dari Kesilapan

$
0
0
Oh tersangat busy...  Perlu pandai bahagi masa, blog, customer, PSLEM. Kadang-kadang tak sihat. Sekarang pula dapat amanah sebagai Bendahari PSLEM Terengganu Chapter, rasa macam takut pun ada. Kadang-kadang blur bila Timbalam Presiden (kakfiza) cakap, tak tahu kenapa.. Agaknya nervous! Sampai perlu tanya banyak kali. Kesian dia terpaksa explain pada deno banyak kali..

Macam ni la bila ada tanggugjawab..
wajah yang muram

Deno ni selagi tak faham selagi tu tanya... Prinsip deno satu, biar la kena marah pun, janji apa yang deno tak faham tu mesti nak fahamkan betul-betul sebab nanti susah nak buat kerja..

Sampai sakit kepala tadi sebab takut kena marah.. Huhu... Tadi pun tengok balik excel rupanya ada seorang ahli PSLEM tertinggal! Ya allah.. Mesti kena marah lagi sebab nanti mesti kena buat cheque baru... Sori kakfiza, entah macam mana la boleh tersilap! Takpe la, inilah dikatakan belajar dari kesilapan.... =.=


p/s: nak letak jawatan boleh? hehehe....

Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Segmen DEENO

$
0
0



jom join segmen?



ada hadiah cash :)
jom cuba mana tahu korang salah seorang pemenangnya?


jom join
segmen dengan klik >>> SINI <<<



Lega

$
0
0
Seharian tak on handphone sebab charger tak jumpa..

Akhirnya dapat juga on tadi... Dapat mesej daripada Timbalan Presiden (kakfiza).. ^^

Alhamdulillah, lega sangat sebab kakfiza tak marah. Dia just suruh deno masukkan balance duit dalam cdm.. Hoyeah! Lega sangat-sangat... Ahaks^^ Dah lama tak main dengan duit orang ni, takut juga kan.. Hehe



p/s: berat juga tugas bendahari ni kan.. zaman sekolah duku kutip je, sekarang siap dengan ledger acc bagai... tetiba ingat zaman belajar acc, bila tak balance mesti nanges.. haha^^



Paranormal

$
0
0
Ahaks.. malam-malam baru teringat nak share cerita paranormal yang pernah deno lalui..


Alkisahnya semuanya berlaku di rumah kakak dulu... Rumah kakak di *******, KL. Terpaksa rahsiakan sebab nanti ada yang takut pula kan... Sebelum kakak pindah, memang ada beberapa aktiviti paranormal yang deno sendiri rasa seram..

Satu..
Bila malam nak tidur, tiba-tiba je bunyi guli. Bunyi guli bergolek dan melantun. Macam ada budak-budak bermain guli padahal masa tu dah pukul 12 malam dan tak ada budak-budak pun main kat luar. Sangat tak tahan bunyi guli melantung-lantun macam ada orang main.

Dua.
Semasa baring, ada sesuatu meniup di telinga deno dengan bunyi :'Hehh!" Serius terkejut, bukan setakat suara, dengan angin sekali rasa kat telinga.. Malam tu jugak susah nak tidur dan keesokannya deno demam.

Tiga
Yang ni memang seram .. Masih jelas deno ingat masa tu dalam pukul 8 malam macam tu, deno duduk dekat laptop dan my mum depan tv baca surat khabar. Kami 2 orang je sebab abah dan kakak keluar. Tiba-tiba bunyi orang tutup pintu bilik dengan air kuat! Bunyinya kuat sangat-sangat! Pintu bilik air tu yang jenis berlipat, kita perlu tarik ke kiri kalau nak tutup. Masa tu tersentak gila, deno pandang ma, ma pandang deno. Deno tanya ma... "ma dengar tak apa deno dengar?" Ma angguk.. Masa tu seram kot, tapi buat tak tahu je... 

Itulah peristiwa paranormal yang pernah deno lalui.. Kakak dan pindah dah, alhamdulillah rumah baru takde apa-apa yang pelik dah....


p/s: memang misteri pintu berlipat yang masih terbuka (hanya boleh ditutup jika kita tarik ke kiri dan tak boleh bergerak walau ditiup angin) boleh tertutup sendiri dengan kuat...  err

Viewing all 1642 articles
Browse latest View live