Quantcast
Channel: Dayang Deno
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1642

Redha Ertinya Bahagia :')

$
0
0
Sebenarnya dah lama deno nak taip entry ni.. Baru hari ini deno ada peluang ... :')

Tahun 2001 

Semasa darjah 6... Suatu hari entah kenapa deno sangat-sangat tertekan.. Deno menangis je satu hari tu, tertekan yang melampau. Deno selalu menangis tanpa sebab.. Sehinggalah pada suatu hari deno bertanya pada ma....

"Ma..... kenapa allah tak ambik je nyawa deno masa deno masuk icu dulu.. masa jantung deno berhenti tu,  kenapa deno tak terus pergi? biar deno rehat.. deno dah tak larat nak tanggung semua ni...."

Keluar juga apa yang deno pendam selama2 tahun deno sakit.. hanya allah tahu betapa pilu dan sayunya deno rasa, rasa tak tertanggung dengan sakit dan ujian allah pada deno. deno tak tahan, deno rasa tak kuat, deno rasa lebih rela allah ambil nyawa deno .. Deno nangis teresak-esak, basah lenjun baju.. Rasa sedih sangat2, deno peluk ma erat2... deno masih ingat sampai sekarang kata-kata ma..

"adik.. setiap ujian allah ada hikmahnya... cuba adik fikir, ada ramai kawan-kawan yang sakitnya lebih teruk daripada adik.. ada kawan2 di luar sana yang tak ada mak ayah pun... adik ada ma abah, kaklong, kakobi, kak ana...semua sayang adik.... adik kena sabar banyak-banyak"

Bermula saat tu, deno belajar untuk redha.... Alhamdulillah deno dapat terima dengan ikhlas sakit deno ketika deno berumur 12 tahun :') 


xxxxx


Redha..

Redha bukan hanya bererti pasrah dan meyerah tanpa berusaha. Berusaha means berusaha untuk lebih sihat. Jumpa doktor on time dan jangan tinggalkan ubat. Sekurang-kurangnya dengan ubat..diri ini lebih sihat dan bertahan kan? Terima seadanya sakit ini dan tidak mengeluh.. 

Datanglah dugaan sakit dan apa sahaja dugaan..deno akan terima dengan ikhlas. Deno sedar dan rasa bersyukur, deno sempat merasa nikmat kesihatan selama 10 tahun sebelum mula sakit.. Ada bayi yang lahir2 sahaja dah sakit macam baby Chong ko Hong kat depan katil deno di WAD KK1 dulu.. Rasa bersalah pula mahu mengeluh.. Sepanjang deno sakit 14 tahun ini, paling teruk pun bila deno tertekan deno akan menangis.. Selepas menangis deno akan lega, rasa hilang beban dalam hati.. Pengorbanan keluarga juga  buatkan deno lebih semangat, rasa kuat nak melawan sakit...

SLE.. menyebabkan kedua-dua buah pinggang deno rosak, deno terpaksa buat rawatan CAPD.. sampai sekarang, deno masih dengan rawatan CAPD.. setiap hari, 4 kali setiap hari.. penat? memang penat tapi itulah rawatan yang boleh buat deno sihat sekarang... Ringkasnya SLE telah menyerang otak, sendi, kulit, jantung dan darah.. Alhamdulillah, Allah bagi deno sabar dengan semua ujian tu.. Last sekali deno beraya di hospital pada bulan Syawal baru-baru ini.. Deno redha.. janji deno sihat :)

Redha ertinya bahagia.. Bila kita redha, kita akan tenang.. deno tak rasa sakit tu membebankan deno, deno cuba menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin walaupun kadang2 deno sakit juga.. deno akan berusaha supaya lebih sabar dan kuat dalam mengharungi hari2 yang mendatang dan deno boleh menjalani hidup seperti orang lain walaupun sakit .. deno selalu diperli, macam-macam orang kata, pernah ditengking di hadapan kelas, biarlah, mereka tak faham.. dengan rutin menelan berpuluh ubat, buat rawatan CAPD yang memenatkan, syukur deno masih di sini.... masih bernafas, masih ada peluang melihat wajah ma abah setiap hari, masih diberi peluang mengucapkan "alhamdulillah..."

Sungguh ajaib kuasa redha kan? :')  Deno sentiasa ingatkan diri, ramai lagi di luar sana yang ujiannya lebih berat daripada deno dan itu semua rahsia Allah.. Allah tidak akan zalim pada hambaNya, setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.. Hanya Dia tahu yang terbaik untuk kita.. bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan menguji kita lebih dariapda kemampuan kita.. 

Walaupun belum ada ubat yang boleh menyembuhkan SLE, tapi ada "ubat" dengan berdoa kepadaNya... :')
Astaghfirullah 


bila dengar lama2 zikir ni boleh menitis air mata...  T_T




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1642

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog God Quotes to inspire you


“Mr bolero banat lines”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


INUMAN QUOTES


“Hanggang s apag tanda natin”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.